JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp

JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp
BOBComp merupakan komputer interaktif yang dibangunkan oleh ahli PRS, Kelab Kerjaya dan SLAD. Mempunyai aplikasi seperti Ujian-Ujian Psikometrik yang terdiri daripada IPS, IPW, & SDS, KIOSK Kerjaya (Powerpoint berkaitan maklumat kerjaya), Kamus Kerjaya (Senarai 186 maklumat kerjaya mengikut turutan abjad A-Z), Maklumat Perkembangan Kerjaya (Jom Masuk U), dan Program-program UBK.

Tuesday, May 11, 2010

Tanggungjawab Guru Bimbingan & Kaunseling

Tanggungjawab Guru Bimbingan dan Kaunseling :
  1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bertanggungjawab untuk mengutamakan kepentingan klien.
  2. Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah menghormati hak klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperolehi semasa menjalankan perkhidmatan melainkan maklumat yang akan membahayakan klien atau orang-orang di persekitaran.
  3. Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosioekonomi klien serta menerima mereka tanpa syarat.
  4. Guru Bimbingan dan Kauseling hendaklah memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien serta tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri.
  5. Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah membimbing klien ke arah pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap tingkahlakunya.
  6. Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah merujuk klien kepada pihak yang berkaitan jika mengikut pertimbangannya klien memerlukan perkhidmatan luar daripada bidang kepakarannya.

Siapakah Guru Bimbingan Anda?

Siapakah Guru Bimbingan Anda ?

  • Dia adalah sahabat anda
  • Dia menerima anda tanpa syarat
  • Dia sedia mendengar apa persoalan anda
  • Dia menghormati anda sebagai seorang individu
  • Dia menerima dan merahsiakan segala maklumat yang anda berikan
  • Dia sedia berjumpa dengan anda pada bila-bila masa sahaja yang ditentukan

Kenapa Perlu Jumpa Guru Bimbingan

Kenapa Perlu Jumpa Guru Bimbingan :

  • Susah untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran
  • Tidak tahu bagaimana cara belajar yang berkesan
  • Mengalami masalah Emosi
  • Sukar bergaul dengan orang lain
  • Kabur tentang masa depan
  • Ingin tahu tentang kerjaya

Kod Etika Guru Bimbingan & Kaunseling

Kod Etika Guru Bimbingan dan Kaunseling :
  1. Guru Bimbingan & Kaunseling hendaklah mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan tugasnya berlandaskan undang-undang tersebut.
  2. Guru Bimbingan & Kaunseling hendaklah menjaga tatalakunya demi memelihara piawaian dan identiti sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling dan integriti profesionnya.
  3. Guru Bimbingan & Kaunseling hendaklah sentiasa beruasaha menilai dan meningkatkan pengetahuan,kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesion.
  4. Guru Bimbingan & Kaunseling hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh bertanggungjawab, objektif dan jujur
  5. Guru Bimbingan & Kaunseling hendaklah diselia dan dinilai tugasnya oleh penyelia profesional melalui penyeliaan lazim dan sokongan perunding.

Bagaimana Perkhidmatan Dijalankan

Perkhidmatan ini dijalankan secara individu atau kelompok

Kaunseling Individu : Ialah pertemuan dengan anda dan guru kaunseling sahaja.

Kaunseling Kelompok : Ialah pertemuan anda dan beberapa orang rakan anda dengan guru kaunseling yang mempunyai masalah atau persoalan yang sama dengan anda.


Objektif Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling

Objektif Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling :

  • Untuk anda mengenali dan memahami diri anda
  • Untuk menyesuaikan diri,peribadi,sosial,akademik,emosi dan kerjaya anda
  • Membolehkan anda berfikiran secara rasional dan bertindak secara berkesan
  • Mendedahkan bakat, minat dan kelebihan diri yang terpendam untuk meningkatkan konsep kendiri
  • Membentuk sikap bersemangat untuk belajar dengan lebih berkesan
  • Membentuk sifat-sifat akhlak yang lebih mulia
  • Berusaha menghargai sumbangan dan jasa guru, ibu bapa dan rakan

Matlamat

Matlamat Unit Bimbingan & Kaunseling : Membantu pelajar untuk berdepan dengan masalah akademik, serta peribadi atau krisis yang timbul dan mencari penyelesaian alternatif bagi dirinya.

Mendedahkan pelajar-pelajar kepada bahaya merokok, penagihan dadah, penyakit HIV/AIDS dan langkah-langkah pencegahannya.

Mendedahkan pelajar kepada dunia pekerjaan dan membantu mereka membuat pemilihan kerjaya sesuai dengan personaliti dan minat mereka.

Membantu pelajar memahami cabaran-cabaran dan isu-isu yang berkaitan dengan alam remaja.

Pengenalan

Pengenalan : Unit Bimbingan Dan Kaunseling adalah satu daripada berbanyak unit dalam bahagian hal ehwal murid yang memainkan peranan penting dalam pengurusan sekolah. Perkhidmatan yang disediakan oleh unit ini bertujuan memberi peluang kepada pelajar untuk berkembang ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan bermakna.

Visi Sekolah : Menjadi Sekolah Utama Yang Menerajui Di Daerah Petaling Perdana.

Misi Sekolah : Memberi Pendidikan Bertaraf Dunia Yang Mengalakkan Critiqal Inquiry untuk melahirkan Insan yang Produktif, Mempunyai Self Esteem Yang Tinggi, dan Mampu Menyesuaikan Diri Dengan Perubahan Dunia dan Teknologi Terkini.

Visi Unit Bimbingan & Kaunseling : Membentuk Pelajar Yang Rasional, Bertanggungjawab, Serta Mampu Membuat Pilihan Yang Terbaik Demi Mencapai Kesajahteraan Hidup.

Misi Unit Bimbingan & Kaunseling : Membantu Diri dalam Tugas Hidupnya Agar Berkembang menjadi Insan Yang Bahagia.