Setelah sekian lama menanti, akhirnya Alumni SMK Seafield telah pun berjaya ditubuhkan dengan GBKSM SMK Seafield berperanan sebagai tenaga penggerak utama penubuhannya. TAHNIAH SEMUA YANG TERLIBAT...:)
Pages
▼
Thursday, April 28, 2011
Wednesday, April 27, 2011
PROGRAM ORIENTASI SAHABAT PPDA-PETRONAS SEKOLAH MENENGAH NEGERI SELANGOR 2011
TEMPAT : Kem Bumi Jati, Shah Alam
OBJEKTIF PROGRAM :
- Memberikan pengetahuan asas sebagai pembimbing rakan sebaya,sahabat PPDa dan fasilitator yang baik.
- Memiliki sikap positif sebagai pembimbing rakan sebaya, sahabat PPDa dan fasilitator yang baik.
- Peserta dapat meningkatkan konsep kendiri.
- Peserta dapat memahami dan mengetahui cara berkomunikasi yang berkesan. Komunikasi yang berkesan dapat menyampaikan maklumat dengan tepat dan jelas.
Monday, April 11, 2011
Apa itu dadah?
Walaupun dadah yang dikenali umum terdiri daripada heroin, morfin, dan ganja, pada hakikatnya ia merangkumi juga semua bahan yang boleh memberi kesan seperti yang dinyatakan di atas. Ini termasuk tembakau dan arak. Malah, sesetengah ubat-ubatan jika tidak digunakan mengikut peraturan dan sukatan yang betul boleh memberi kesan negatif yang sama seperti dadah. Contohnya morfin dan sebatian terbitan daripadanya yang banyak digunakan sebagai ubat penghilang kesakitan semasa merawat kecederaan yang serius. Dengan perkataan lain dadah membawa risiko yang amat tinggi sehingga boleh mengakibatkan maut. Semua jenis dadah yang telah disebutkan pada dasarnya menunjukkan kesan ketagihan dalam bentuk pergantungan fizikal, mental dan emosi yang sama.
Sunday, April 10, 2011
MINGGU PBSS & PADAM 2011
JOM BERSAMA KAMI....
TARIKH | AKTIVITI |
11 April (Isnin) 8.10 – 9.30 am 2.25 – 3.35 pm | Majlis perasmian Program PBSS & PADAM 2011 Ceramah Remaja & Jenayah (Ting. 5F – 5K) oleh Polis Ceramah Remaja & Jenayah (Ting. 2A, 2D, 2H & 2L) oleh En. Gerard, Peguam Jenayah |
12 April (Selasa) 9.00 – 10.30am 2.25 – 3.35 pm | Ceramah Remaja Sihat Dari HIV & AIDS (Ting. 4A – 4D) oleh AIESEC Malaysia Ceramah Anti Denggi (Ting. 1A, 1E, 1I, & 1G ) oleh Pusat Kesihatan Daerah Petaling Perdana |
13 April (Rabu) 9.00 – 10.30am 2.25 – 3.35 pm | Ceramah Keselamatan Jalan Raya (Ting. 5 & Ting. 6) oleh JPJ Selangor Ceramah Sekolah Selamat (Ting. 1) oleh Bomba Subang Jaya |
14 April (Khamis) 9.0 g – 3.30pm | Pameran PBSS dan PADAM oleh: ~ Polis Trafik ~ Jentera Bomba dan Penyelamat ~ Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ~ Pusat Kesihatan Daerah Petaling (PKD) ~ Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) |
15 April Jumaat | Tayangan Video Anti Merokok (Sesi Petang) |