JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp

JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp
BOBComp merupakan komputer interaktif yang dibangunkan oleh ahli PRS, Kelab Kerjaya dan SLAD. Mempunyai aplikasi seperti Ujian-Ujian Psikometrik yang terdiri daripada IPS, IPW, & SDS, KIOSK Kerjaya (Powerpoint berkaitan maklumat kerjaya), Kamus Kerjaya (Senarai 186 maklumat kerjaya mengikut turutan abjad A-Z), Maklumat Perkembangan Kerjaya (Jom Masuk U), dan Program-program UBK.

Thursday, April 28, 2011

Penubuhan Alumni SMK Seafield


Setelah sekian lama menanti, akhirnya Alumni SMK Seafield telah pun berjaya ditubuhkan dengan  GBKSM SMK Seafield berperanan sebagai tenaga penggerak utama penubuhannya. TAHNIAH SEMUA YANG TERLIBAT...:)

Wednesday, April 27, 2011

PROGRAM ORIENTASI SAHABAT PPDA-PETRONAS SEKOLAH MENENGAH NEGERI SELANGOR 2011


TARIKH : 26 April 2011
TEMPAT : Kem Bumi Jati, Shah Alam

OBJEKTIF PROGRAM :
  1. Memberikan pengetahuan asas sebagai pembimbing rakan sebaya,sahabat PPDa dan fasilitator yang baik.
  2. Memiliki sikap positif sebagai pembimbing rakan sebaya, sahabat PPDa dan fasilitator yang baik.
  3. Peserta dapat meningkatkan konsep kendiri.
  4. Peserta dapat memahami dan mengetahui cara berkomunikasi yang berkesan. Komunikasi yang berkesan dapat menyampaikan maklumat dengan tepat dan jelas.

Monday, April 11, 2011

Apa itu dadah?

Walaupun dadah yang dikenali umum terdiri daripada heroin, morfin, dan ganja, pada hakikatnya ia merangkumi juga semua bahan yang boleh memberi kesan seperti yang dinyatakan di atas. Ini termasuk tembakau dan arak. Malah, sesetengah ubat-ubatan jika tidak digunakan mengikut peraturan dan sukatan yang betul boleh memberi kesan negatif yang sama seperti dadah. Contohnya morfin dan sebatian terbitan daripadanya yang banyak digunakan sebagai ubat penghilang kesakitan semasa merawat kecederaan yang serius. Dengan perkataan lain dadah membawa risiko yang amat tinggi sehingga boleh mengakibatkan maut. Semua jenis dadah yang telah disebutkan pada dasarnya menunjukkan kesan ketagihan dalam bentuk pergantungan fizikal, mental dan emosi yang sama.

Remaja Hari ini :Penyalahgunaan Dadah





Sunday, April 10, 2011

MINGGU PBSS & PADAM 2011

JOM BERSAMA KAMI....


TARIKH
AKTIVITI
11 April (Isnin)
8.10 – 9.30 am

2.25 – 3.35 pm
Majlis perasmian Program PBSS & PADAM 2011

Ceramah Remaja & Jenayah (Ting. 5F – 5K)  
oleh Polis  

Ceramah Remaja & Jenayah (Ting. 2A, 2D, 2H & 2L)
oleh En. Gerard, Peguam Jenayah
12 April (Selasa)
9.00 – 10.30am

2.25 – 3.35 pm

Ceramah Remaja Sihat Dari HIV & AIDS 
(Ting. 4A – 4D)
oleh  AIESEC Malaysia

Ceramah Anti Denggi (Ting. 1A, 1E, 1I, & 1G )
oleh Pusat Kesihatan Daerah Petaling Perdana
13 April (Rabu)
9.00 – 10.30am

2.25 – 3.35 pm
Ceramah Keselamatan Jalan Raya 
(Ting. 5 & Ting. 6) 
oleh JPJ Selangor

Ceramah Sekolah Selamat 
(Ting. 1) 
oleh Bomba Subang Jaya
14 April (Khamis)
9.0   g – 3.30pm
Pameran PBSS dan PADAM  oleh:
~ Polis Trafik
~ Jentera Bomba
    dan Penyelamat
~ Jabatan Pengangkutan
    Jalan (JPJ)
~ Pusat Kesihatan Daerah
    Petaling (PKD)
~ Majlis Perbandaran
    Subang Jaya (MPSJ)
15 April
Jumaat

Tayangan Video Anti Merokok
(Sesi Petang)

SAMBUTAN HARI BUMI SMK SEAFIELD 2011


Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar