JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp

JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp
BOBComp merupakan komputer interaktif yang dibangunkan oleh ahli PRS, Kelab Kerjaya dan SLAD. Mempunyai aplikasi seperti Ujian-Ujian Psikometrik yang terdiri daripada IPS, IPW, & SDS, KIOSK Kerjaya (Powerpoint berkaitan maklumat kerjaya), Kamus Kerjaya (Senarai 186 maklumat kerjaya mengikut turutan abjad A-Z), Maklumat Perkembangan Kerjaya (Jom Masuk U), dan Program-program UBK.

Monday, October 31, 2011

PROGRAM PASCA PMR 2011

Pendidikan bukan sahaja berbentuk formal tetapi juga dalam bentuk tidak formal. Justeru itu, pelajar-pelajar walaupun sukatan pelajaran sudah habis di ajar dan peperiksaan telah diduduki, namun pembelajaran masih tetap diteruskan. Namun apa yang berbeza di sini ialah sukatannya yang menyeluruh dan lebih kepada aktiviti yang mengembangkan potensi diri dari segi minat, bakat dan kepimpinan diri. Selain itu juga, curahan dan perkongsian maklumat yang berguna juga boleh diterapkan dengan pengisian slot yang yang bermanfaat.

Justeru itu, para pelajar ini perlu mempersiapkan diri mereka dari segi fizikal, mental dan emosi dalam menghadapi masa-masa senggang selepas Penilaian Menengah Rendah di sekolah. Bagi bersiap sedia menghadapi dunia baru, Sekolah Menengah Atas iaitu Tingkatan 4 pada tahun hadapan (2012) dan Sijil Pelajaran Malaysia (2013). Pihak Pentadbir Sekolah, Ketua-ketua Bidang, Penyelaras Tingkatan 3, Ketua Panitia, dan terutamanya Unit Bimbingan & Kaunseling, guru-guru Tingkatan 3 telah merancang program yang meliputi kerohanian, emosi, jasmani, intelek dan sosial.

Monday, October 3, 2011

PMR 2011

Semoga Maju Jaya Kepada Semua Calon yang akan Menduduki Peperiksaan PMR 2011 
bermula esok 4 hingga 11 Oktober 2011
...Yakin Boleh...
Tahniah...Tahniah....Tahniah SMK Seafield & UBK SMK Seafield http://ubkseafield.blogspot.com/
JOHAN mewakili Daerah Petaling Perdana dalam Pertandingan Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
"Program Merekayasa Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling Peringkat Negeri Selangor Tahun 2011"

PERMOHONAN KEMASUKAN


KOLEJ VOKASIONAL
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL


 Para pelajar yang menduduki PMR 2011 boleh memohon ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional bagi sesi pengambilan tahun 2012...

 Tarikh Tutup Permohonan : 
19 Disember 2011
  
Cara Memohon :
 Secara online klik (e-perkhidmatan KPM)
 Walk-in ke SMV @ SMT berhampiran bermula 5 September 2011
 Permohonan berdasarkan Trial PMR 2011

Keterangan Lanjut :
Sila hubungi SMV @ SMT berhampiran
Layari web : www.moe.gov.my/bptv

 Tarikh Persekolahan Bermula : 
9 Januari 2012