JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp

JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp
BOBComp merupakan komputer interaktif yang dibangunkan oleh ahli PRS, Kelab Kerjaya dan SLAD. Mempunyai aplikasi seperti Ujian-Ujian Psikometrik yang terdiri daripada IPS, IPW, & SDS, KIOSK Kerjaya (Powerpoint berkaitan maklumat kerjaya), Kamus Kerjaya (Senarai 186 maklumat kerjaya mengikut turutan abjad A-Z), Maklumat Perkembangan Kerjaya (Jom Masuk U), dan Program-program UBK.

Thursday, December 29, 2011

Pengambilan Nombor UNIK ID

Pelajar-pelajar yang masih belum ambil No. UNIK ID daripada Pn. Wong, bolehlah mengambilnya pada 4 - 6 Januari 2012. Sila datang sebelum pukul 12.00 tengah hari. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan:
"Have a Super Duper New Year 2012"

Monday, December 19, 2011

Keputusan PMR 2011



Kepada calon PMR 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menetapkan tarikh keputusan peperiksaan PMR jatuh pada 22 / 12 / 2011 . Sila sebarkan mesej ini kepada calon PMR yang lain.

Monday, December 5, 2011

PERMOHONAN MELALUI UPU 2012


TARIKH-TARIKH PENTING MENGENAI PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA / TEVT(POLITEKNIK) DAN ILKA SESI AKADEMIK 2012/2013.


18 NOVEMBER 2011 : PEKELILING - Prosedur Pengurusan Permohonan Kemasukan Ke IPTA, TEVT (POLITEKNIK) & ILKA SESI AKADEMIK 2012/2013
>> Lepasan SPM/Setaraf
>> Kemasukan Ke Sijil & Diploma Ke TEVT(POLITEKNIK) dan ILKA
>> Lepasan STPM/STAM
>> Lepasan Matrikulasi/Asasi
>> Lepasan SKM (Sijil Kemahiran Malaysia)


16 NOVEMBER 2011 - 31 DISEMBER 2011 : Permohonan Kemasukan Ke IPTA dan Politeknik Premier Sesi Akademik 2012/2013 Bagi Lepasan SPM/Setaraf (FASA 1)   


MAKLUMAT TAMBAHAN :
 
Mulai tahun 2012 kemasukan pelajar ke tiga Politeknik Premier iaitu Politeknik Ungku Omar (Perak), Politeknik Johor Bahru (Johor) dan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Selangor) akan diselaraskan oleh BPKP JPT. a