Unit Bimbingan & Kaunseling ingin mengucapkan tahniah kepada PIBG SMK Seafield kerana telah dinobatkan Johan PIBG Kebangsaan Kategori Sekolah Menengah Harian Biasa, KPM. Semoga Terus Sukses.
Pages
▼
Thursday, April 26, 2012
Thursday, April 12, 2012
Program Guru Penyayang
Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.
Wednesday, April 11, 2012
Program PADAM & PBSS
Masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan penduduk Malaysia bertambah membimbangkan. Keadaan ini boleh mengancam kepada kesejahteraan, ketenteraman dan keselamatan rakyat. Menyedari hakikat ini, pada 28 Februari 1983 Jawatankuasa Kabinet Antidadah telah mengisytiharkan “Dadah Musuh Utama Negara”.
Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah diberitanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Program PADAM & PBSS dijalankan bagi merealisasikan hasrat KPM untuk tujuan penyebaran maklumat dan langkah pencegahan terbaik kepada semua warga Seafield berkaitan PPDa dan Sekolah Selamat.
Thursday, April 5, 2012
PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR PERMATA HATI
Hai, apa khabar semua? Untuk makluman, Unit Bimbingan & Kaunseling akan menganjurkan Program Perkongsian Pintar Permata Hati seperti ketentuan berikut :
Sasaran : Ibu bapa / Penjaga pelajar kumpulan kelas Permata Hati
Tarikh : 07 April 2012 (Sabtu)
Tempat : Dewan Seri Kenangan, SMK Seafield
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tgh
Penceramah : Slot 1 : ASP Tn. Rodney dari IPD Subang JayaTema : "Bersama Membantu Anak-anak Kita"
Slot 2 : Dr. Adnan dari Berjaya Uni College