JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp

JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp
BOBComp merupakan komputer interaktif yang dibangunkan oleh ahli PRS, Kelab Kerjaya dan SLAD. Mempunyai aplikasi seperti Ujian-Ujian Psikometrik yang terdiri daripada IPS, IPW, & SDS, KIOSK Kerjaya (Powerpoint berkaitan maklumat kerjaya), Kamus Kerjaya (Senarai 186 maklumat kerjaya mengikut turutan abjad A-Z), Maklumat Perkembangan Kerjaya (Jom Masuk U), dan Program-program UBK.

Monday, August 19, 2013

BIASISWA TUN DR. MAHATHIR




Biasiswa Tun Dr. Mahathir – YPC adalah sebuah biasiswa khas yang telah diwujudkan untuk membantu pelajar-pelajar yang berminat untuk mengikuti pengajian tinggi di Kolej Teknologi YPC Kuala Lumpur. Pelancaran biasiswa Tun Mahathir-YPC telah dilancarkan secara rasmi pada 6 Julai 2013 bertempat di Kolej YPC, Cheras, Kuala Lumpur. Nilai Biasiswa ini adalah biasiswa pengajian penuh 100% untuk membiayai yuran pengajian tahap foundation di Kolej Teknologi YPC, Kuala Lumpur. Pelajar yang ditawarkan biasiswa ini boleh mengikuti kursus foundation dalam beberapa bidang selama setahun di Kolej Teknologi YPC, Kuala Lumpur sebelum melanjutkan pengajian mereka ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Kolej Teknologi YPC, Kuala Lumpur dengan Kerjasama Liverpool John Moores University , United Kingdom - U.K Degree (3+0).

KELAYAKAN MEMOHON: 1) Warganegara Malaysia. 2) Pelajar Lepasan SPM dengan minima 5 Kredit. 3) Pelajar-pelajar yang terpilih akan mengikuti pengajian tahap foundation di Kolej Teknologi – YPC Kuala Lumpur dalam bidang pengajian yang berikut:

i. Foundation in Business & Information Technology KPT/JPS (A8657) 07/12
ii. Foundation in Business KPT/JPS (N/340/3//0051) 11/16

CARA MEMOHON:

Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web Kolej Teknologi-YPC : http://www.kolejypc.edu.my/
TARIKH TUTUP: Permohonan biasiswa Tun Dr. Mahathir – YPC ini haruslah diserahkan sebelum
24 SEPTEMBER 2013.
MAKLUMAT LANJUT: Sebarang pertanyaan lanjut mengenai biasiswa Tun Dr.Mahathir- YPC ataupun mengenai program-program peringkat Diploma dan Ijazah dan Sarjana Muda yang ditawarkan oleh Pihak Kolej Teknologi YPC-ItWEB Kuala Lumpur bolehlah dilayari di laman Web :

www.kolejypc.edu.my ataupun emailkan ke:
syant.kolejypc@gmail.com (Tel: 03-9283 3799)