Tahniah kepada PRS yang terlibat ...
Pages
▼
Saturday, September 28, 2013
Monday, August 19, 2013
BIASISWA TUN DR. MAHATHIR
Biasiswa Tun Dr. Mahathir – YPC adalah sebuah biasiswa khas yang telah diwujudkan untuk membantu pelajar-pelajar yang berminat untuk mengikuti pengajian tinggi di Kolej Teknologi YPC Kuala Lumpur. Pelancaran biasiswa Tun Mahathir-YPC telah dilancarkan secara rasmi pada 6 Julai 2013 bertempat di Kolej YPC, Cheras, Kuala Lumpur. Nilai Biasiswa ini adalah biasiswa pengajian penuh 100% untuk membiayai yuran pengajian tahap foundation di Kolej Teknologi YPC, Kuala Lumpur. Pelajar yang ditawarkan biasiswa ini boleh mengikuti kursus foundation dalam beberapa bidang selama setahun di Kolej Teknologi YPC, Kuala Lumpur sebelum melanjutkan pengajian mereka ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Kolej Teknologi YPC, Kuala Lumpur dengan Kerjasama Liverpool John Moores University , United Kingdom - U.K Degree (3+0).
KELAYAKAN MEMOHON: 1) Warganegara Malaysia. 2) Pelajar Lepasan SPM dengan minima 5 Kredit. 3) Pelajar-pelajar yang terpilih akan mengikuti pengajian tahap foundation di Kolej Teknologi – YPC Kuala Lumpur dalam bidang pengajian yang berikut:
i. Foundation in Business & Information Technology KPT/JPS (A8657) 07/12
ii. Foundation in Business KPT/JPS (N/340/3//0051) 11/16
CARA MEMOHON:
Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web Kolej Teknologi-YPC : http://www.kolejypc.edu.my/
TARIKH TUTUP: Permohonan biasiswa Tun Dr. Mahathir – YPC ini haruslah diserahkan sebelum
24 SEPTEMBER 2013.
MAKLUMAT LANJUT: Sebarang pertanyaan lanjut mengenai biasiswa Tun Dr.Mahathir- YPC ataupun mengenai program-program peringkat Diploma dan Ijazah dan Sarjana Muda yang ditawarkan oleh Pihak Kolej Teknologi YPC-ItWEB Kuala Lumpur bolehlah dilayari di laman Web :
www.kolejypc.edu.my ataupun emailkan ke:
syant.kolejypc@gmail.com (Tel: 03-9283 3799)
Sunday, July 28, 2013
Belajar
"Belajar dari kesalahan membuatmu dewasa dan belajar dari pengalaman orang lain membuatmu bijaksana".
Wednesday, July 24, 2013
Penting ke ujian dan peperiksaan ni cikgu?
Kepada anak didikku sekalian; ini adalah surat jawapanku kepada kalian.
Ujian atau peperiksaan adalah ruang untuk menguji kefahaman pelajar. Melalui
peperiksaan yang diadakan, guru-guru dapat memahami kelemahan-kelemahan
pelajar. Hal ini membolehkan guru-guru memikirkan cara-cara untuk
membantu pelajar mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut supaya mereka
dapat menimba ilmu dengan lebih berkesan seterusnya mencapai kejayaan
dalam hidup.
Selain itu,
ujian atau peperiksaan juga merangsangkan pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh.
Kebanyakan pelajar berpendapat bahawa mendapat keputusan peperiksaan
yang cemerlang merupakan satu kebanggaan kepada mereka. Oleh sebab itu,
mereka akan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang
cemerlang. Mereka akan berasa malu sekiranya gagal dalam peperiksaan.
Walau
bagaimanapun, terdapat juga guru-guru atau pelajar-pelajar yang terlalu
mementingkan keputusan peperiksaan. Sejak kebelakangan ini, berlakunya
banyak kes rasuah antara guru dengan pelajar ataupun kes meniru semasa
peperiksaan. Dengan adanya peperiksaan menyebabkan pelajar sanggup
menggunakan cara-cara yang salah untuk mendapatkan markah yang tinggi.
Hal ini menyemai sikap yang tidak sihat dalam diri mereka.
Seterusnya,
peperiksaan juga memberi tekanan kepada pelajar. Kehendak ibu
bapa dan guru menyebabkan pelajar memaksa diri mendapat keputusan
peperiksaan yang cemerlang. Jika pelajar tersebut tidak mengetahui cara
untuk melepaskan tekanan ini, maka pelajar tersebut mungkin berasa susah
untuk belajar. Hal ini menimbulkan pelbagai kesan negatif lain seperti
pengambilan pil khayal bagi meredakan tekanan.
Akhir kata,
peperiksaan mempunyai kebaikan dan keburukannya. Kita harus bekerjasama
untuk mengekalkan tujuan sebenar peperiksaan.
En. Jafny Hj. Jaapar
p/s : Semoga maju jaya Putera Puteri Seafield yang akan menduduki Peperiksaan Percubaan PMR, SPM dan Ujian Bulanan bagi Tingkatan 4 dan Tingkatan 6. Anda Berhak Untuk Berjaya !
Friday, July 12, 2013
Permohonan No. Pin Program Matrikulasi KPM
Kepada semua pelajar Tingkatan 5 yang layak untuk membuat tempahan No. Pin Program Matrikulasi KPM, dimaklumkan bahawa UBK telah melanjutkan tarikh akhir tempahan No. Pin tersebut sehingga 19 Julai 2013 (Jumaat) sebelum jam 2.30 petang.
Tuesday, July 9, 2013
Ramadhan Datang Lagi...
Nama saya Sya'ban. Saya ingin mengingatkan anda bahwa jiran saya iaitu
Ramadhan akan datang mengunjungi anda esok bersama isterinya iaitu
Rezeki dan kedua dua anaknya iaitu Sahur dan Iftar. Mereka akan ditemani
oleh ketiga tiga cucunya iaitu Rahmat, Barakt & Keampunan. Mereka
akan pulang selepas 30 hari dengan menaiki pesawat Eid Airlines...
Hargai mereka dan anda akan mendapat berkat. InsyaAllah. Ahlan Wa Sahlan
Ya Ramadhan. Selamat Berpuasa.
Wednesday, April 17, 2013
KESELESAAN TANPA SEBARANG PEDULI
"Sekiranya kegembiraan adalah merupakan kehidupan yang penuh keselesaan tanpa sebarang kebimbangan atau tanpa pedulikan apa yang berlaku di sekitar kita maka individu yang paling gembira mungkinlah Si Badak air yang sentiasa tersenyum di dalam lumpur".
JOM KITA MEMBACA...
Monday, March 25, 2013
Program PADAM & PBSS
Program PADAM & PBSS telah dijalankan bertujuan untuk melahirkan warga sekolah dan
persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan
Negara dan untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid,
guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhinya dan berupaya
menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran “Sekolah Bebas Dadah”.
Aktiviti yang dijalankan ialah:
ü Ikrar Anti Dadah Anti Merokok
ü Pantun Anti Dadah Anti Merokok (sesi pagi)
ü Sajak Anti Dadah Anti Merokok (sesi
petang)
ü Ceramah UTAR : Say No To Smoking & Drugs
ü Ceramah AADK : Pencegahan dadah dan rokok
ü Ceramah UTAR : Breast Cancer Awareness
ü Pertandingan Melukis Poster Anti Dadah
Anti Merokok
ü Pertandingan Melukis Kain Rentang Anti
Dadah Anti Merokok
ü Pameran PADAM & PBS
o
AADK
o
Bomba
& Penyelamat
o
PDRM
o
JPJ
o
UTAR
college
o
MPSJ
o
PKD
o
SLAD/PPDa
Saturday, March 16, 2013
TABUNG KEMANUSIAAN GAZA


Monday, March 11, 2013
KURSUS BINA UPAYA 2013
9-10 Mac 2013, Kursus bina upaya PRS
telah dijalankan bertempat di Nur
Laman Bestari eco-resort, Ulu Yam, Selangor. Tujuan kursus ini adalah membina
pasukan PRS yang terlatih untuk membantu rakan dari segi akademik, emosi dan
intelek.
Tuesday, January 1, 2013
Orientasi Pelajar Tingkatan 1
Orientasi pelajar telah berlangsung di Dewan Seri Kenangan. Tujuan program ini diadakan untuk membolehkan pelajar dapat menyesuaikan diri dari aspek fizikal, mental, emosi dan sosial terhadap persekitaran sekolah.