Pages

Friday, June 24, 2011

MINGGU KERJAYA 2011

TARIKH : 20 - 23 Jun 2011
TEMPAT : Dewan Seri Kenangan, SMK Seafield



Program  Kerjaya ini adalah satu inisiatif Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Seafield untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran dalam pendidikan kerjaya. Untuk tujuan tersebut sekolah menawarkan kepada IPTA dan IPTS berhampiran untuk menyertai Pameran Pendidikan di Dewan Seri Kenangan. 
Di samping itu, pihak UBK juga menganjurkan lawatan sambil belajar kepada para pelajar ke kolej berhampiran untuk mendapatkan info serta maklumat yang lebih tepat berkaitan bidang pemfokusan program yang ditawarkan kepada bakal-bakal mahasiswa.
Selain itu, Pertandingan Melukis Poster Kerjaya juga digerakkan oleh AJK Kelab Kerjaya yang mana bertujuan untuk membina kefahaman dan pengetahuan para pelajar mengenai kerjaya dalam sains dan teknologi melalui seni lukis.

No comments:

Post a Comment