JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp
BOBComp merupakan komputer interaktif yang dibangunkan oleh ahli PRS, Kelab Kerjaya dan SLAD. Mempunyai aplikasi seperti Ujian-Ujian Psikometrik yang terdiri daripada IPS, IPW, & SDS, KIOSK Kerjaya (Powerpoint berkaitan maklumat kerjaya), Kamus Kerjaya (Senarai 186 maklumat kerjaya mengikut turutan abjad A-Z), Maklumat Perkembangan Kerjaya (Jom Masuk U), dan Program-program UBK.
Untuk mempersiapkan diri murid Seafield menjadi Pemimpin masa depan atau "Future Leaders" pihak Unit Bimbingan & Kaunseling mengambil inisiatif dengan mengadakan program jaringan usahasama dengan pihak T3 Malaysia. Program ini memberikan kesedaran kepada murid mengenai peri pentingnya penjagaan kebersihan diri dalam usaha untuk menonjolkan keperibadian unggul sebagai seorang pemimpin.
Program Amalan Guru Penyayang yang diinspirasikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan program yang sangat baik untuk dilaksanakan. Pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling mengambil inisiatif menyahut seruan KPM dengan mengadakan hadiah cabutan bertuah hari lahir guru dan pelajar setiap bulan sebagai salah satu cara untuk menghargai warga sekolah dan secara tidak langsung lahirlah semangat cintakan sekolah dan kasih sayang antara warga Seafield.
Program Transformasi Diri (PTD) menjadi pembuka tirai bagi program di bawah kelolaan Unit Bimbingan & Kaunseling saban tahun. Program selama 3 hari ini meliputi aspek akademik, psikososial dan kesejahteraan mental murid, displin dan sahsiah diri murid serta kerjaya murid. Aktiviti yang dijalankan dalam bentk ceramah,latihan dalam kumpulan serta aktiviti kecergasan diri.
"Kesabaran bukan soal berapa lama kau menunggu, namun apa yang engkau lakukan saat menunggu. Kesabaran adalah keterampilan yang dihasilkan di bawah tekanan."
Joyce Meyer
Discipline is the bridge between goals and accomplishment