skip to main |
skip to sidebar
Pengenalan
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di SMK Seafield bersifat holistik yang merangkumi program perkembangan, pencegahan serta pemulihan. Program perkembangan dan pencegahan lebih banyak dijalankan berbanding program pemulihan. Antara perkhidmatan bimbingan dan kaunseling secara individu dan kelompok yang disediakan iaitu bidang akademik, kerjaya, psikologi dan kesejahteraan mental, kepimpinan serta yang melibatkan isu-isu berkenaan dengan diri, keluarga, peribadi, sosial, kewangan dan lain-lain.