Tanggungjawab Guru Bimbingan dan Kaunseling :
- Guru Bimbingan dan Kaunseling bertanggungjawab untuk mengutamakan kepentingan klien.
- Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah menghormati hak klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperolehi semasa menjalankan perkhidmatan melainkan maklumat yang akan membahayakan klien atau orang-orang di persekitaran.
- Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosioekonomi klien serta menerima mereka tanpa syarat.
- Guru Bimbingan dan Kauseling hendaklah memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien serta tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri.
- Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah membimbing klien ke arah pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap tingkahlakunya.
- Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah merujuk klien kepada pihak yang berkaitan jika mengikut pertimbangannya klien memerlukan perkhidmatan luar daripada bidang kepakarannya.