JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp

JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp
BOBComp merupakan komputer interaktif yang dibangunkan oleh ahli PRS, Kelab Kerjaya dan SLAD. Mempunyai aplikasi seperti Ujian-Ujian Psikometrik yang terdiri daripada IPS, IPW, & SDS, KIOSK Kerjaya (Powerpoint berkaitan maklumat kerjaya), Kamus Kerjaya (Senarai 186 maklumat kerjaya mengikut turutan abjad A-Z), Maklumat Perkembangan Kerjaya (Jom Masuk U), dan Program-program UBK.

Thursday, November 24, 2011

Makluman Melanjutkan Pelajaran


Kepada sesiapa yang ingin melanjutkan pelajaran ke pringkat diploma dan lepasan SPM bolehlah melayari laman web MARA kerana pengambilan ke Institusi Pendidikan MARA (IPMA) akan dibuka pada 18 November - 30 November 2011..Harap Maklum

Tuesday, November 22, 2011

Pengumuman Penting

Nombor UNIK ID - Pelajar-pelajar Ting. 5 dan 6 Atas yang telah menempah nombor ini bagi permohonan ke IPTA, sila dapatkan daripada Pn. Wong di Anjung Bina Kendiri mulai 7.30 pagi hingga 1.30 petang pada 23 dan 24 November 2011.

Monday, November 14, 2011

PENEMPAHAN NOMBOR UNIK ID BAGI PERMOHONAN KE IPTA

Semua pelajar Tingkatan 5 dan 6 Atas, penempahan No. UNIK ID bagi permohonan ke IPTA sudah pun bermula. Sila serahkan salinan Kad Pengenalan anda bersama bayaran kepada Pn. Wong di Anjung Bina Kendiri. Penempahan boleh dibuat pada hari Isnin, Selasa dan Khamis ini. Maaf cikgu tiada di sekolah pada hari Rabu(16 Nov - menghadiri taklimat di JPS) dan Jumaat (18 Nov - membawa pelajar ke program UNESCO di KL) Anda akan dimaklumkan tarikh untuk menuntut No UNIK ID berserta bahan edaran melalui blog ini juga. Selamat Maju Jaya Dalam Peperiksaan SPM & STPM Anda.

Wednesday, November 9, 2011

PELAJAR CEMERLANG: Khas untuk Calon SPM & STPM SMK Seafield

Peperiksaan merupakan kayu pengukur dan penentu kepada pencapaian seseorang pelajar. Sebab itu peperiksaan itu penting. Cuba anda bayangkan segala usaha anda selama dua atau tiga tahun belajar hanya akan diuji dalam masa dua jam. Kalau anda tewas dalam masa dua jam ini, maka usaha anda selama dua atau tiga tahun ini tidak akan dinilai. 

Sebagai seorang pelajar, kecemerlangan seharusnya menjadi perkara pertama dalam diari kehidupan anda. Kecemerlangan tidak akan datang bergolek. Ia hanya dapat dimiliki dengan usaha dan susah payah. Oleh itu, alat untuk mencapai kecemerlangan ada tiga sumber :
  • Apa yang ada pada diri kita seperti panca indera, kesihatan & tenaga fizikal.
  • Apa yang ada disekeliling kita seperti manusia, haiwan, kemudahan prasarana dan peralatan.
  • Apa yang dianugerahkan Allah seperti minda, bakat dan ilham.
Menggabung dan menggunakan ketiga-tiga sumber ini secara optimum akan menjamin kecemerlangan dengan syarat sentiasa dibajai dengan kegigihan dan ketahanan tanpa mengenal jemu dan kegagalan.

~ SEMOGA MAJU JAYA ~

Thursday, November 3, 2011

PERTANDINGAN BAKATKU MY-TALENT


Tahniah SMK Seafield mendapat tempat ke-7 Pertandingan Bakatku My-Talent Bimbingan & Kaunseling Daerah Petaling Perdana 2011 !!! 
 2 November 2011
Dewan Madani, SMK Seksyen 18, Shah Alam