JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp

JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp
BOBComp merupakan komputer interaktif yang dibangunkan oleh ahli PRS, Kelab Kerjaya dan SLAD. Mempunyai aplikasi seperti Ujian-Ujian Psikometrik yang terdiri daripada IPS, IPW, & SDS, KIOSK Kerjaya (Powerpoint berkaitan maklumat kerjaya), Kamus Kerjaya (Senarai 186 maklumat kerjaya mengikut turutan abjad A-Z), Maklumat Perkembangan Kerjaya (Jom Masuk U), dan Program-program UBK.

Monday, May 22, 2017

SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2017.

Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar .. semoga berjaya menjawab peperiksaan yang bakal tiba dengan tenang.. ikuti tips persediaan peperiksaan yang Unit UBK SMK Seafiled kongsikan.. SELAMAT MAJU JAYA....

Ulangkaji Pantas

Bila seminggu nak peperiksaan pastinya masa semakin suntuk. Maka sangat penting untuk kita membuat ulangkaji lebih pantas tetapi member kesan. Membuat ulangkaji pantas ini boleh dilakukan dengan membuat nota ringkas, nota poket, nota formula berkait, mencari keutamaan subjek serta membaca soalan lepas beserta membaca skema jawapan. Hal ini penting kerana dengan membaca skema jawapan secara tidak langsung menggalakkan penerokaan ilmu secara menyeluruh walaupun ianya tidak terperinci.

Mengajar Orang lain

Bila hampir peperiksaan jangan lupa dan kedekut untuk mengajar rakan lain tentang apa yang kita tahu. Hal ini kerana kadar tempoh mengingat lebih tinggi jika ia diajarkan kepada orang lain. Mengajar orang lain memaksa otak bekerja lebih faham sesuatu kerana ingin menyesuaikan dengan kefahaman yang diajar sehingga meningkatkan lagi kefahaman melalui dimensi lain. Selain itu, mengajar rakan membuatkan rakan tersebut bertanya soalan yang mana mungkin kita sendiri tidak terfikir sebelum ini hinggakan kita turut sama mencari jawapan kepada persoalan yang timbul.

Sumber : Tips Bijak Menghadapi Peperiksaan @ http://www.xpresi.org/tips-bijak-menghadapi-peperiksaan/

Saturday, May 13, 2017

EKSPIDISI GUA TEMPURUNG (LADAP 2017)

Ekspidisi Gua Tempurung berasaskan program "Team Building" antara guru-guru dan semua staf warga SMK Seafiled. Ekspidisi


ini adalah sebahagian Program LADAP  yang menyentuh elemen proses PdPc yang bertepatan dengan kemahiran KBAT. Aktiviti yang dijalankan juga menekankan salah satu amalan terbaik SMK Seafield iaitu komputer interaktif (BOBCOMP). Setiap aktiviti dijalankan menggunakan konsep interaktif aplikasi Telegram dan WhatsApp.

Thursday, April 6, 2017

TIPS TANGANI STRESS

7 langkah-langkah mudah mengata
si stres
 

1. Berfikiran positif


Bagi mengelakkan diri memikirkan perkara yang tidak berfaedah atau membebankan perasaan dan pemikiran kebiasaannya olyn akan mula berfikir secara positif. Iaitu olyn akan selalu menganggap bahawa masalah yang datang dan menjadikan diri kita tertekan sebagai cabaran dan rencah dalam kehidupan. manusia mana yang tidak ditimpa masalah dan mengalami tekanan. Perkara ini bergantung kepada diri setiap individu bagaimanakah cara untuk menangani stress masing-masing. Sebolehnya apabila menghadapi tekanan harus berfikir secara positif bahawa kita di uji kerana Tuhan sayangkan kita dan Tuhan tahu kita mampu menghadapinya oleh kita diuji. Kita juga harus berfikiran positif dan memikirkan bahawa stress adalah suatu keperluan hidup untuk kita meningkatkan kualiti kehidupan.


2. Sentiasa Mengingati Tuhan 

Mengingati Tuhan juga adalah merupakan salah satu cara untuk mengatasi stress. hanya Tuhan sahaja yang punya kuasa untuk menentukan takdir hidup manusia. Namun sebagai manusia kita seharusnya berusaha untuk menghadapi segala ujian yang mendatang dengan kental. Jadilah seteguh karang. Nun jauh rendah di dasar lautan namun jiwa kentalnya sekental gunung di daratan.


3. Sedia berkongsi masalah 

Bersedia berkongsi masalah dengan mana-mana individu yang kita percayai mampu mengurangkan tekanan dalam hidup. Sekurang-kurangnya bila kita telah meluahkan perasaan dan berkongsi masalah dengan orang lain perasaan kita kan menjadi lebih tenang dan lega. akan merasa lebih tenang dan mendamaikan kerana keluahan telah diluahkan sepenuhnya. Namun berhati-hati, pilih individu yang boleh dipercayai.


4. Terima kelebihan dan kekurangan diri

Kebiasaannya, kita akan tertekan atau mengalami stress bila orang lain mengungkit kekurangan kita. apa salahnya jika kita menerima kekurangan diri dan kritikan yang diterima dijadikan sebagai panduan untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri. Terimalah juga kelebihan itu sebagai penghargaan kepada diri sendiri. Berdasarkan cara ini sekurang-kurangnya kita tahu bahawa setiap apa yang berlaku adalah bersebab.


5.Ketawa dan berseronoklah

Jika anda mengalami stress jangan sesekali menyisihkan diri daripada rakan-rakan mahupun orang lain.Cuba lah cari sesuatu yang boleh melegakan hati. Berseronoklah dan bergelak tawalah. Sesungguhnya ketawa adalah terapi bagi meregangkan urat2, otot2 dan saraf2 kita. Ia secara tidak langsung akan memberi cas positif dalam diri kita kerana kita tidak akan merasakan tertekan.

6.Senyum

Senyum akan secara tidak langsung memberi hiasan pada raut wajah.Orang akan turut tersenyum melihat kita senyum. Ini kerana senyum adalah salah satu bentuk komunikasi tanpa suara setiap individu dengan individu yang lain. 


7.Bergaul dengan individu yang positif


Bergaul dengan individu yang positif akan menjadikan diri kita lebih bermotivasi. Ini kerana cas positif tersebut akan berpindah secara tidak langsung kepada kita.Persekitaran kita juga turut positif.

Friday, March 31, 2017

Program PADAM 2017

 Pasukan UBK & PRS yang turut memastkan program dijalankan seperti perancangan

 Pihak Bomba & penyelamat sedang membuat persediaan bagi aktiviti demonstrasi kebakaran

Ceramah yang dijayakan oleh pihak AADK sempena program PADAM SMK Seafield 2017

Thursday, March 9, 2017

PROGRAM PRS MUDA PERINGKAT DAERAH PETALING PERDANA

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program PRS MUDA peringkat Daerah Petaling Perdana...

Kempen.. memerangi jenayah seksual

Wednesday, March 1, 2017

SELAMAT MEMULAKAN PEPERIKSAAN TAHUN 2017 (UJIAN BULANAN MAC)

Sesungguhnya perjalanan peperiksaan akademik anda bermula dengan ujian bulanan  Mac ini.. sekiranya anda rasa menyesal dengan keputusan peperiksaan sebelum ini.. Maka bersedialah dengan aura positif  dan motivasi yang tinggi untuk membawa meningkatan yang menggembirakan dan membangkakan pada tahun ini... PERMULAAN YANG DIDAHULUKAN DENGAN PENCAPAIAN CEMERLANG SEHINGGA PENGAKHIRAN....

SELAMAT MAJU JAYA

Wednesday, February 22, 2017

PROGRAM SEMARAK MINDA OLEH NOBLE SCHOOL

PROGRAM SEMARAK MINDA OLEH NOBLE SCHOOL MEMBERI PENDEDAHAN MAKLUMAT PROGRAM VOKASIONAL KEPADA PELAJAR TIN



GKATAN 4.

Tuesday, January 17, 2017

PROGRAM TRANSFORMASI DIRI (PTD)

Dalam arus kemajuan dan pertumbuhan ekonomi yang mantap, pembangunan kemanusiaan juga amat dititikberatkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPNS). Justeru, PROGRAM TRANSFORMASI DIRI (PTD) merupakan usaha murni yang dijalankan sebagai tunjang pembentukan modal insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial serta selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. PTD diharapkan menjadi langkah murni untuk membendung segala gejala negatif dalam kalangan pelajar. Oleh yang demikian, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Seafield telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan PTD bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.




 

Monday, January 9, 2017

PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG



Pelancaran Program Amalan Guru Penyayang (Program Dekat di Hati) telah dijalankan pada 9 Januari 2017.