JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp

JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp
BOBComp merupakan komputer interaktif yang dibangunkan oleh ahli PRS, Kelab Kerjaya dan SLAD. Mempunyai aplikasi seperti Ujian-Ujian Psikometrik yang terdiri daripada IPS, IPW, & SDS, KIOSK Kerjaya (Powerpoint berkaitan maklumat kerjaya), Kamus Kerjaya (Senarai 186 maklumat kerjaya mengikut turutan abjad A-Z), Maklumat Perkembangan Kerjaya (Jom Masuk U), dan Program-program UBK.

Tuesday, January 17, 2017

PROGRAM TRANSFORMASI DIRI (PTD)

Dalam arus kemajuan dan pertumbuhan ekonomi yang mantap, pembangunan kemanusiaan juga amat dititikberatkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPNS). Justeru, PROGRAM TRANSFORMASI DIRI (PTD) merupakan usaha murni yang dijalankan sebagai tunjang pembentukan modal insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial serta selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. PTD diharapkan menjadi langkah murni untuk membendung segala gejala negatif dalam kalangan pelajar. Oleh yang demikian, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Seafield telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan PTD bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.




 

Monday, January 9, 2017

PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG



Pelancaran Program Amalan Guru Penyayang (Program Dekat di Hati) telah dijalankan pada 9 Januari 2017.

Friday, December 30, 2016

HARI ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1 2017

 Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program hari orientasi pelajar tingkatan 1 (2017)

                     Pelajar  beratur ikut senarai nama dalam kelas kelas yang telah ditetapkan. 


                                                          Pengurusan di dalam kelas.


                                                      Pengagihan skim buku pinajaman.



                         Ucapan alu-aluan oleh Datin Aisah binti Jaman (Pengetua SMK Seafield)


             Para ibubapa yang sedang mendengar taklimat Hari Orientasi pelajar tingkatan 1 (2017)

Friday, May 20, 2016

PAMERAN PENDIDIKAN KERJAYA SMK SEAFIELD 2016

Backdrop pentas untuk Pameran Pendidikan Kerjaya 2016

AJK Pameran

Suasana dewan ketika pameran

Booth- booth daripada pelbagai IPTS

Pada 28 April 2016 yang lalu Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Seafield telah mengadakan Minggu Pendidian Kerjaya peringkat sekolah SMK Seafield. antara aktiviti yang dijlankan sepanjang minggu tersebut adalah ceramah pendidikan kerjaya, lawatan ke kolej dan pameran kerjaya. objektif minggu kerjaya dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai bidang pengajian selepas SPM dan STPM.

Pelancaran Program Amalan Guru Penyayang & Program 5S



Objektif Program Adab Amalan 7s

  •  1. Usaha-usaha pencegahan peringkat awal dalam     membantu mengatasi gejala- gejala diperingkat remaja dari segi pembangunan dan perkembangan sahsiah murid.
  • 2. Menerapkan nilai-nilai murni agar ia menjadi   amalan dalam kehidupan  seharian murid.
  • 3. Mewujudkan budaya saling menghormati antara satu sama lain.
  • 4. Menentukan kaedah      bagaimana murid dapat menunjukkan rasa hormat kepada guru.

Aktiviti Sepanjang Tahun
 1. Program Amalan Guru         Penyayang
2. Program Maju Diri– PMD
3. Program Pendidikan Pencegahan Dadah
4. Karnival Kerjaya
5. Kursus Kepimpinan
6. Program Bina Upaya
7. Program Kaunseling Berfokus



Thursday, June 18, 2015

Marhaban Ya Ramadan 2015

Bersempena dengan kehadiran Bulan Ramadan ini pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Seafield ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh warga Seafield yang beragama Islam. Semoga dengan kehadiran bulan yang mulia ini dapat meningkatkan lagi ketaqwaan dan keimanan kepada Sang Pencipta. Bersama- sama kita mengimarahkan Ramadhan ini dengan ketulusan hati untuk beribadah kepadaNya. 

Monday, August 19, 2013

BIASISWA TUN DR. MAHATHIR




Biasiswa Tun Dr. Mahathir – YPC adalah sebuah biasiswa khas yang telah diwujudkan untuk membantu pelajar-pelajar yang berminat untuk mengikuti pengajian tinggi di Kolej Teknologi YPC Kuala Lumpur. Pelancaran biasiswa Tun Mahathir-YPC telah dilancarkan secara rasmi pada 6 Julai 2013 bertempat di Kolej YPC, Cheras, Kuala Lumpur. Nilai Biasiswa ini adalah biasiswa pengajian penuh 100% untuk membiayai yuran pengajian tahap foundation di Kolej Teknologi YPC, Kuala Lumpur. Pelajar yang ditawarkan biasiswa ini boleh mengikuti kursus foundation dalam beberapa bidang selama setahun di Kolej Teknologi YPC, Kuala Lumpur sebelum melanjutkan pengajian mereka ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Kolej Teknologi YPC, Kuala Lumpur dengan Kerjasama Liverpool John Moores University , United Kingdom - U.K Degree (3+0).

KELAYAKAN MEMOHON: 1) Warganegara Malaysia. 2) Pelajar Lepasan SPM dengan minima 5 Kredit. 3) Pelajar-pelajar yang terpilih akan mengikuti pengajian tahap foundation di Kolej Teknologi – YPC Kuala Lumpur dalam bidang pengajian yang berikut:

i. Foundation in Business & Information Technology KPT/JPS (A8657) 07/12
ii. Foundation in Business KPT/JPS (N/340/3//0051) 11/16

CARA MEMOHON:

Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web Kolej Teknologi-YPC : http://www.kolejypc.edu.my/
TARIKH TUTUP: Permohonan biasiswa Tun Dr. Mahathir – YPC ini haruslah diserahkan sebelum
24 SEPTEMBER 2013.
MAKLUMAT LANJUT: Sebarang pertanyaan lanjut mengenai biasiswa Tun Dr.Mahathir- YPC ataupun mengenai program-program peringkat Diploma dan Ijazah dan Sarjana Muda yang ditawarkan oleh Pihak Kolej Teknologi YPC-ItWEB Kuala Lumpur bolehlah dilayari di laman Web :

www.kolejypc.edu.my ataupun emailkan ke:
syant.kolejypc@gmail.com (Tel: 03-9283 3799)



Sunday, July 28, 2013

Belajar


"Belajar dari kesalahan membuatmu dewasa dan belajar dari pengalaman orang lain membuatmu bijaksana".