JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp

JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp
BOBComp merupakan komputer interaktif yang dibangunkan oleh ahli PRS, Kelab Kerjaya dan SLAD. Mempunyai aplikasi seperti Ujian-Ujian Psikometrik yang terdiri daripada IPS, IPW, & SDS, KIOSK Kerjaya (Powerpoint berkaitan maklumat kerjaya), Kamus Kerjaya (Senarai 186 maklumat kerjaya mengikut turutan abjad A-Z), Maklumat Perkembangan Kerjaya (Jom Masuk U), dan Program-program UBK.

Friday, May 4, 2018

PERJUMPAAN MINGGUAN PRS SMK SEAFIELD

 Perjumpaan mingguan PRS di bilik Anjung Bina dibawah bimbingan En. Jafny Bin Hj Jaapar
 Penyerahan sijil PRS Bongsu kepada wakil pelajar
Penyerahan sijil PRS Bestari kepada Saudari Sofea Mahirah

Wednesday, May 2, 2018

BOB COMP GPS DI BILIK DARJAH

 Pelajar sedang menggunakan bahan daripada Bob Comp GPS iaitu permainan dam kerjaya di dalam bilik darjah semasa kelas ganti.

Friday, April 27, 2018

MINGGU PENDIDIKAN & KERJAYA

 Ceramah kerjaya kepada murid tingkatan 5 dari Netherlands Maritime Institute of Technology (NMIT)

Ahli jawatankuasa PRS yang banyak membantu pelaksanaan pameran Pendidikan Kerjaya SMK Seafield

Wednesday, March 7, 2018

PROGRAM KESEDARAN AWAL KEREMAJAAN 2018



Untuk mempersiapkan diri murid Seafield menjadi Pemimpin masa depan atau "Future Leaders" pihak Unit Bimbingan & Kaunseling mengambil inisiatif dengan mengadakan program jaringan usahasama dengan pihak T3 Malaysia. Program ini memberikan kesedaran kepada murid mengenai peri pentingnya penjagaan kebersihan diri dalam usaha untuk menonjolkan keperibadian unggul sebagai seorang pemimpin.

Monday, February 12, 2018

CABUTAN BERTUAH HADIAH HARI LAHIR


Program Amalan Guru Penyayang yang diinspirasikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan program yang sangat baik untuk dilaksanakan. Pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling mengambil inisiatif menyahut seruan KPM dengan mengadakan hadiah cabutan bertuah hari lahir guru dan pelajar setiap bulan sebagai salah satu cara untuk menghargai warga sekolah dan secara tidak langsung lahirlah semangat cintakan sekolah dan kasih sayang antara warga Seafield.

Thursday, January 18, 2018

PROGRAM PTD PELAJAR TINGKATAN 1,3 & 5 TAHUN 2018



Program Transformasi Diri (PTD) menjadi pembuka tirai bagi program di bawah kelolaan Unit  Bimbingan & Kaunseling saban tahun. Program selama 3 hari ini meliputi aspek akademik, psikososial dan kesejahteraan mental murid, displin dan sahsiah diri murid serta kerjaya murid. Aktiviti yang dijalankan dalam bentk ceramah,latihan dalam kumpulan serta aktiviti kecergasan diri.

Monday, January 1, 2018

SELAMAT TAHUN BARU 2018

Selamat Tahun Baru kepada semua warga Seafield. Semoga Tahun baru membawa kegembiraan dan semangat yang baru kepada semua.

Monday, May 22, 2017

SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2017.

Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar .. semoga berjaya menjawab peperiksaan yang bakal tiba dengan tenang.. ikuti tips persediaan peperiksaan yang Unit UBK SMK Seafiled kongsikan.. SELAMAT MAJU JAYA....

Ulangkaji Pantas

Bila seminggu nak peperiksaan pastinya masa semakin suntuk. Maka sangat penting untuk kita membuat ulangkaji lebih pantas tetapi member kesan. Membuat ulangkaji pantas ini boleh dilakukan dengan membuat nota ringkas, nota poket, nota formula berkait, mencari keutamaan subjek serta membaca soalan lepas beserta membaca skema jawapan. Hal ini penting kerana dengan membaca skema jawapan secara tidak langsung menggalakkan penerokaan ilmu secara menyeluruh walaupun ianya tidak terperinci.

Mengajar Orang lain

Bila hampir peperiksaan jangan lupa dan kedekut untuk mengajar rakan lain tentang apa yang kita tahu. Hal ini kerana kadar tempoh mengingat lebih tinggi jika ia diajarkan kepada orang lain. Mengajar orang lain memaksa otak bekerja lebih faham sesuatu kerana ingin menyesuaikan dengan kefahaman yang diajar sehingga meningkatkan lagi kefahaman melalui dimensi lain. Selain itu, mengajar rakan membuatkan rakan tersebut bertanya soalan yang mana mungkin kita sendiri tidak terfikir sebelum ini hinggakan kita turut sama mencari jawapan kepada persoalan yang timbul.

Sumber : Tips Bijak Menghadapi Peperiksaan @ http://www.xpresi.org/tips-bijak-menghadapi-peperiksaan/

Saturday, May 13, 2017

EKSPIDISI GUA TEMPURUNG (LADAP 2017)

Ekspidisi Gua Tempurung berasaskan program "Team Building" antara guru-guru dan semua staf warga SMK Seafiled. Ekspidisi


ini adalah sebahagian Program LADAP  yang menyentuh elemen proses PdPc yang bertepatan dengan kemahiran KBAT. Aktiviti yang dijalankan juga menekankan salah satu amalan terbaik SMK Seafield iaitu komputer interaktif (BOBCOMP). Setiap aktiviti dijalankan menggunakan konsep interaktif aplikasi Telegram dan WhatsApp.