JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp

JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp
BOBComp merupakan komputer interaktif yang dibangunkan oleh ahli PRS, Kelab Kerjaya dan SLAD. Mempunyai aplikasi seperti Ujian-Ujian Psikometrik yang terdiri daripada IPS, IPW, & SDS, KIOSK Kerjaya (Powerpoint berkaitan maklumat kerjaya), Kamus Kerjaya (Senarai 186 maklumat kerjaya mengikut turutan abjad A-Z), Maklumat Perkembangan Kerjaya (Jom Masuk U), dan Program-program UBK.

Saturday, February 19, 2011

PROGRAM MURIDKU ANAKKU SAYANG

Tarikh : 14 - 18 Februari 2011
Tema : "Hormat-Menghormati Mencerminkan          
                  Kemuliaan Diri"
Sasaran : Pelajar tingkatan 1 - 5
Objektif :
 1) Memahami diri dan menghargai orang lain.
 2) Membentuk peribadi yang cemerlang dan
       bertamadun.
 3) Menanam kesedaran untuk saling hormat-
       menghormati dan bersatu-padu.
Pengisian :
 1) Pertandingan menulis esei/karangan
 2) Ceramah dan Bengkel
 3) Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
 4) Khidmat Masyarakat
 5) Pertandingan Anugerah Tokoh Pelajar 

      (Sesi Pagi dan Sesi Petang)









Monday, February 14, 2011

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUL RASUL

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SMK SEAFIELD INGIN MENGUCAPKAN 
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUL RASUL

Friday, February 11, 2011

CERAMAH REMAJA & SEKSUALITI


TARIKH : 11Februari (Jumaat)
TEMPAT : Dewan Seri Kenangan, SMK Seafield
MATLAMAT : Membantu pelajar menimbulkan kesedaran dan memberikan pendedahan berkaitan jenayah yang signifikan dengan golongan remaja dalam kehidupan seharian mereka khususnya berkaitan gangguan seksualiti. Justeru, semoga program ini menjadi satu titik perubahan untuk mereka menjalani kehidupan dengan lebih sempurna serta dapat memberikan pengetahuan berkaitan jenayah seksualiti.
PENGISIAN :
Pendedahan kepada para pelajar lebih berkaitan dengan perkara-perkara yang perlu dititikberatkan oleh mereka mengenai Pendidikan Seksualiti dan Kesihatan Reproduktif dan Sosial. Antara pengisian yang diberikan  adalah seperti:
! Apa dia jenayah?
! Bagaimana jenayah berlaku?
! Jenayah Remaja (Seksual) dan Undang -Undang
! Jenis-Jenis Kesalahan Jenayah Seksual  
·         Merogol
·         Melanggar kesopanan
·         Cabul
! Petunjuk penglibatan  kepada pesalah remaja  
! Pendekatan yang diambil oleh PDRM
!  Punca-punca Penglibatan Jenayah Remaja   
! Pencegahan Mengikut Undang-Undang