Pendidikan bukan sahaja berbentuk formal tetapi juga dalam bentuk tidak formal. Justeru itu, pelajar-pelajar walaupun sukatan pelajaran sudah habis di ajar dan peperiksaan telah diduduki, namun pembelajaran masih tetap diteruskan. Namun apa yang berbeza di sini ialah sukatannya yang menyeluruh dan lebih kepada aktiviti yang mengembangkan potensi diri dari segi minat, bakat dan kepimpinan diri. Selain itu juga, curahan dan perkongsian maklumat yang berguna juga boleh diterapkan dengan pengisian slot yang yang bermanfaat.
Justeru itu, para pelajar ini perlu mempersiapkan diri mereka dari segi fizikal, mental dan emosi dalam menghadapi masa-masa senggang selepas Penilaian Menengah Rendah di sekolah. Bagi bersiap sedia menghadapi dunia baru, Sekolah Menengah Atas iaitu Tingkatan 4 pada tahun hadapan (2012) dan Sijil Pelajaran Malaysia (2013). Pihak Pentadbir Sekolah, Ketua-ketua Bidang, Penyelaras Tingkatan 3, Ketua Panitia, dan terutamanya Unit Bimbingan & Kaunseling, guru-guru Tingkatan 3 telah merancang program yang meliputi kerohanian, emosi, jasmani, intelek dan sosial.