JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp

JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp
BOBComp merupakan komputer interaktif yang dibangunkan oleh ahli PRS, Kelab Kerjaya dan SLAD. Mempunyai aplikasi seperti Ujian-Ujian Psikometrik yang terdiri daripada IPS, IPW, & SDS, KIOSK Kerjaya (Powerpoint berkaitan maklumat kerjaya), Kamus Kerjaya (Senarai 186 maklumat kerjaya mengikut turutan abjad A-Z), Maklumat Perkembangan Kerjaya (Jom Masuk U), dan Program-program UBK.

Wednesday, October 10, 2018

PROGRAM PASCA PT3

 Taklimat TVET & MRSM kepada pelajar tingkatan 3
 Ceramah undang-undang dan keselamatan oleh pihak polis
Pameran dari IPK Subang Jaya

Pertandingan Memasak Seafield Challenge

Saturday, September 22, 2018

MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 5 TAHUN 2018

Majlis Graduasi diadakan di Hotel Holiday Villa. Seramai 250 orang murid tingkatan 5 diraikan dalam majlis yang penuh meriah ini. 


Friday, May 4, 2018

PERJUMPAAN MINGGUAN PRS SMK SEAFIELD

 Perjumpaan mingguan PRS di bilik Anjung Bina dibawah bimbingan En. Jafny Bin Hj Jaapar
 Penyerahan sijil PRS Bongsu kepada wakil pelajar
Penyerahan sijil PRS Bestari kepada Saudari Sofea Mahirah

Wednesday, May 2, 2018

BOB COMP GPS DI BILIK DARJAH

 Pelajar sedang menggunakan bahan daripada Bob Comp GPS iaitu permainan dam kerjaya di dalam bilik darjah semasa kelas ganti.

Friday, April 27, 2018

MINGGU PENDIDIKAN & KERJAYA

 Ceramah kerjaya kepada murid tingkatan 5 dari Netherlands Maritime Institute of Technology (NMIT)

Ahli jawatankuasa PRS yang banyak membantu pelaksanaan pameran Pendidikan Kerjaya SMK Seafield

Wednesday, March 7, 2018

PROGRAM KESEDARAN AWAL KEREMAJAAN 2018



Untuk mempersiapkan diri murid Seafield menjadi Pemimpin masa depan atau "Future Leaders" pihak Unit Bimbingan & Kaunseling mengambil inisiatif dengan mengadakan program jaringan usahasama dengan pihak T3 Malaysia. Program ini memberikan kesedaran kepada murid mengenai peri pentingnya penjagaan kebersihan diri dalam usaha untuk menonjolkan keperibadian unggul sebagai seorang pemimpin.

Monday, February 12, 2018

CABUTAN BERTUAH HADIAH HARI LAHIR


Program Amalan Guru Penyayang yang diinspirasikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan program yang sangat baik untuk dilaksanakan. Pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling mengambil inisiatif menyahut seruan KPM dengan mengadakan hadiah cabutan bertuah hari lahir guru dan pelajar setiap bulan sebagai salah satu cara untuk menghargai warga sekolah dan secara tidak langsung lahirlah semangat cintakan sekolah dan kasih sayang antara warga Seafield.

Thursday, January 18, 2018

PROGRAM PTD PELAJAR TINGKATAN 1,3 & 5 TAHUN 2018



Program Transformasi Diri (PTD) menjadi pembuka tirai bagi program di bawah kelolaan Unit  Bimbingan & Kaunseling saban tahun. Program selama 3 hari ini meliputi aspek akademik, psikososial dan kesejahteraan mental murid, displin dan sahsiah diri murid serta kerjaya murid. Aktiviti yang dijalankan dalam bentk ceramah,latihan dalam kumpulan serta aktiviti kecergasan diri.