JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp

JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp
BOBComp merupakan komputer interaktif yang dibangunkan oleh ahli PRS, Kelab Kerjaya dan SLAD. Mempunyai aplikasi seperti Ujian-Ujian Psikometrik yang terdiri daripada IPS, IPW, & SDS, KIOSK Kerjaya (Powerpoint berkaitan maklumat kerjaya), Kamus Kerjaya (Senarai 186 maklumat kerjaya mengikut turutan abjad A-Z), Maklumat Perkembangan Kerjaya (Jom Masuk U), dan Program-program UBK.
Showing posts with label Artikel Kaunseling. Show all posts
Showing posts with label Artikel Kaunseling. Show all posts

Wednesday, July 24, 2013

Penting ke ujian dan peperiksaan ni cikgu?

Kepada anak didikku sekalian; ini adalah surat jawapanku kepada kalian.

Ujian atau peperiksaan adalah ruang untuk menguji kefahaman pelajar. Melalui peperiksaan yang diadakan, guru-guru dapat memahami kelemahan-kelemahan pelajar. Hal ini membolehkan guru-guru memikirkan cara-cara untuk membantu pelajar mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut supaya mereka dapat menimba ilmu dengan lebih berkesan seterusnya mencapai kejayaan dalam hidup.

Selain itu, ujian atau peperiksaan juga merangsangkan pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh. Kebanyakan pelajar berpendapat bahawa mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang merupakan satu kebanggaan kepada mereka. Oleh sebab itu, mereka akan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Mereka akan berasa malu sekiranya gagal dalam peperiksaan.

Walau bagaimanapun, terdapat juga guru-guru atau pelajar-pelajar yang terlalu mementingkan keputusan peperiksaan. Sejak kebelakangan ini, berlakunya banyak kes rasuah antara guru dengan pelajar ataupun kes meniru semasa peperiksaan. Dengan adanya peperiksaan menyebabkan pelajar sanggup menggunakan cara-cara yang salah untuk mendapatkan markah yang tinggi. Hal ini menyemai sikap yang tidak sihat dalam diri mereka.

Seterusnya, peperiksaan juga memberi tekanan kepada pelajar. Kehendak ibu bapa dan guru menyebabkan pelajar memaksa diri mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Jika pelajar tersebut tidak mengetahui cara untuk melepaskan tekanan ini, maka pelajar tersebut mungkin berasa susah untuk belajar. Hal ini menimbulkan pelbagai kesan negatif lain seperti pengambilan pil khayal bagi meredakan tekanan.

Akhir kata, peperiksaan mempunyai kebaikan dan keburukannya. Kita harus bekerjasama untuk mengekalkan tujuan sebenar peperiksaan.

En. Jafny Hj. Jaapar

p/s : Semoga maju jaya Putera Puteri Seafield yang akan menduduki Peperiksaan Percubaan PMR, SPM dan Ujian Bulanan bagi Tingkatan 4 dan Tingkatan 6. Anda Berhak Untuk Berjaya !

Friday, May 4, 2012

MEMBINA JADUAL PELAJAR

Oleh;
En. Jafny Hj. Jaapar (GBKSM)

Anda mungkin pernah mendengar bidalan “masa itu emas”. Sebenarnya masa itu lebih berharga dari segala emas yang ada di dunia ini. Ini kerana, orang yang berjaya menggunakan sebahagian dari masanya untuk merancang penggunaan dan penyusunan masa itu sendiri. Dengan cara itu, dia dapat menggunakan masanya dengan sebaik-baiknya dan dapat pula menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Orang yang gagal pula tidak mahu merancang masa kerana menganggap itu sebagai perbuatan membuang masa. Dia terus sahaja mengharungi masa tanpa sebarang strategi dan taktik, menyebabkan dia lemas kerana kesuntukan masa.


Oleh itu kali ini, saya ingin berkongsi tip berkaitan membina jadual belajar. Jadual belajar yang ingin disediakan perlulah realistik dan boleh dilaksanakan dengan jayanya. Bagi memastikan jadual berjalan dengan lancar, tindakan perlu dikawal dengan mengamalkan strategi penggunaan masa secara berkesan. Beberapa konsep penting perlu difahami sebelum pelaksanaan dilakukan.
Cekap             : iaitu belajar dengan betul, menggunakan masa dan tenaga paling minimum
Efektif            : iaitu cara belajar yang paling berkesan, belajar dengan betul dan sempurna    mengikut keutamaan
Prinsip Pareto - 20:80 : Teori yang menekankan jika 20% daripada masa yang ada ditumpukan sepenuhnya pada belajar, kita akan dapat menghasilkan 80% output; sebaliknya jika 80% daripada masa yang ada digunakan untuk belajar, kita hanya akan mendapatkan 20% output sahaja.
Hukum Parkinson : menegaskan bahawa kerja-kerja bertambah mengikut masa yang ada jika tiada tempoh tamat. Kita akan mengambil masa yang lama, kerap menangguhkan kerja, jika kerja yang perlu dibuat tidak ditetapkan jangka waktunya.
Masa Perdana : waktu di mana kita merasa bertenaga, segar, otak yang cergas dan produktif.
Berpandukan kepada konsep di atas beberapa tip boleh dijadikan sebagai panduan membina jadual belajar :
  • Perlu ada disiplin diri yang baik. Disiplin adalah aspek yang paling popular dalam kalangan pelajar. Disiplin diri yang lemah menyebabkan kita tetap gagal walaupun perancangan baik dan teratur.
  • Hendaklah bijak mengatasi gangguan masa. Gangguan masa adalah gangguan yang menyebabkan anda tidak memperolehi masa berkualiti seperti yang anda rancangkan. Sebaik mana sekalipun perancangan ia akan gagal sekiranya wujud masalah atau gangguan semasa pelaksanaan. Oleh itu, gangguan masa perlu diatasi dengan cekap dan bijak.
  • Ikut keutamaan aktiviti seperti yang telah dirancangkan. Ini terutamanya menyentuh soal aktiviti akademik dan sosial dengan rakan taulan atau keluarga. Soal ini juga ada kaitannya dengan disiplin dan ketegasan diri dalam mematuhi keutamaan tugas yang telah digariskan.
  • Berikan tumpuan yang penuh pada masa menjalankan ulangkaji, dan kurangkan daripada terlalu banyak bercakap dan berbual kosong.
  • Gunakan waktu perdana dengan lebih bermakna.
  • Siapkan tugasan atau kerja rumah dalam jangka waktu yang dijadualkan.
  • Berehat seketika jika terlalu letih membuat kerja.
  • Rancang ikut keupayaan diri.
  • Cari rakan yang boleh mengingatkan anda tentang masa yang telah anda rancang.

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan nasihat-menasihati supaya menepati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menepati kesabaran”.
Surah al-Ashr (13):al-Quran

Monday, September 19, 2011

PERSIAPAN TERAKHIR SEBELUM PEPERIKSAAN

PERSIAPAN EMOSI
  • Tenangkan jiwa
  • Elak berkonflik dengan rakan dan orang yang terdekat seperti ahli keluarga
  • Maafkan kesalahan orang lain
  • Sentiasa senyum walaupun agak tertekan
  • Kawal perasaan dan tidak cepat melatah
  • Bersangka baik pada orang lain 
  • Sedia memberi peransang pada rakan
PERSEDIAAN PERALATAN
  • Pastikan peralatan seperti pen, pembaris, pewarna dan alat kelengkapan belajar lain dalam keadaan baik dan sedia untuk digunakan
  • Slip peperiksaan
  • Kad pengenalam diri dan borang maklumat diri
  • Jadual peperiksaan disemak beberapa kali dan ditandakan dengan warna
  • Pakaian mencukupi dan kemas
PERSEDIAAN FIZIKAL
  •  Yakin dan teruskan berusaha
  • Tidur  dan riadah yang mencukupi, Kajian menunjukkan TIDUR YANG CUKUP akan 
    KUKUHKAN DAYA INGATAN seseorang ( Protein selular iaitu protein daya ingatan 
    diproses semasa tidur)
  •  Pastikan anda melakukan senaman ringan untuk kecerdasan diri
  • Wujudkan suasana yang selesa apabila anda mengulangkaji  
PAGI PEPERIKSAAN 

Bangun Awal
Minuman Manis dan Sarapan
Pakaian yang Kemas
Semak Peralatan yang Perlu di bawa
Mohon Restu Ibubapa
Tenang Fikiran, Tiba Awal dalam Dewan
Elakkan Berbincang
Masuk dengan Tenang
Baca Selawat
 Berdoa’

Monday, July 4, 2011

10 TEKNIK PENAMBAHAN DAYA INGATAN




Pemecahan kepada


Kumpulan (Chunking)
Beberapa butir maklumat dikumpul menjadi satu kumpulan mengikut keseragaman tertentu. Purata chunk yang mampu diterima mental ialah tujuh dan paling banyak ialah sembilan. Ia memerlukan irama tertentu supaya lebih diingati disamping mengurangkan kebosanan.


Gabungan Huruf Pertama
Setiap huruf awal digabungkan menjadi satu perkataan yang bermakna. Gabungan huruf ini juga mempunyai susunan tertentu yang ada fungsinya.


Daya Imaginasi
Bahan lisan boleh digantikan kepada bahan lukisan dengan pembentukan watak-watak yang dibayangkan dalam fikiran. Ianya diberi gambaran supaya lebih jelas. Daya Ingatan dapat ditingkatkan sekiranya sesuatu maklumat itu diberi gambaran melalui daya imaginasi kerana ia lebih jelas serta kekal jika dibandingkan dengan maklumat dalam bentuk lisan.


Mempunyai Makna
Beberapa maklumat itu boleh dibuat pembahagian mengikut kumpulan tertentu berdasarkan fungsi yang sama. Maklumat yang ingin diingati boleh dihubungkan supaya dibentuk dalam satu ayat. Sekiranya maklumat itu terlalu panjang, hubungkait boleh dilaksanakan dengan membentuk satu cerita.


Membuat Peta Minda
Penggunaan satu imej sahaja sudah dapat menjekaskan beribu-beribu perkataan serta menambahkan daya ingatan seseorang. Kata kunci berada hampir dibahagian tengah dan idea yang kurang penting berada dibahagian hujungnya. Setiap perkataan hendaklah ditulis dengan huruf besar. Setiap perkataan ditulis atas setiap garisan dan setiap garisan hendaklah berhubung dengan beberapa garisan berkaitan. Perkataan-perkataan disusun mengikut ruang berkaitan. Gunakan warna terang. Peta minda dihasilkan secara berasingan.


Cara Lokasi
Mestilah berdekatan dengan beberapa ciri-ciri kesinambungan semulajadi Lokasi yang mudah digambarkan. Tempat itu boleh berupa tempat yang benar-benar wujud atau rekaan semata-mata.


Penggunaan Kata Kunci
Perkataan yang hendak diingati digantikan dengan perkataan yang lain tetapi mempunyai persamaan makna. Beri gambaran mental pada kata kunci supaya dapat dibayangkan di dalam minda dan cuba terjemahkan.


Penggunaan Gambarajah
Carta pai dan graf bar boleh membantu meneliti maklumat yang ada kaitan dengannya dengan kuantiti. Garisan masa, carta aliran piramid dan susunan tangga lebih sesuai digunakan untuk mengganti maklumat dalam bentuk peraturan, cara dan langkah-langkah tertentu yang mempunyai susuna tetap. Cara ini boleh membantu pelajar mengulangkaji pelajaran dalam menghadapi peperiksaan. Ia juga meringkaskan nota panjang, menjadi pendek serta menarik.



Penggunaan Penandawacana
Teknik ini menghubung beberapa fakta daripada satu idea kepada satu idea yang mempunyai kesinambungannya. Penanda wacana lebih berkesan sekiranya seringkali digunakan.


Penggunaan Soalan
Dapat membantu mengurustumpukan maklumat umum kepada maklumat penting yang perlu diingati. Cara ini juga memudahkan proses penyelidikan, pembacaan, pengulangkajian dan pembelajaran dilaksanakan.


Saturday, April 9, 2011

Persediaan Awal Keremajaan

RENUNGAN

Anda tidak dilahirkan terus, berjaya, bahagia, pandai, menang …
Anda juga tidak dilahirkan terus, gagal, menderita, kecewa, jahil, kalah …
Tetapi anda mempunyai potensi untuk kedua-duanya.


Takrif Remaja

Satu tempoh masa yang bermula dari baligh (10/11 tahun perempuan : 12/13 tahun lelaki) sehingga mencapai tanggungjawab dewasa sepenuhnya dari segi fizikal, sosial, undang-undang dan ekonomi (18/20an +-21 tahun)


Bagaimana anda ingin dilayan ?
Kasih sayang bukan dibenci
Difahami bukan dihakimi
Diterima bukan ditolak
Dihormati bukan dihina
Ditolong bukan disakiti
Keselesaan bukan digunakan
Berkembang bukan beku/statik 

Peranan Awal Remaja

1. Membentuk keperibadian
2. Mengawal pengaruh sosial
3. Kegagalan kefungsian remaja dikaitkan dengan kegagalan institusi sosial
4. Membekalkan diri anda tentang keremajaan, disiplin, membina hubungan,
    membentuk tabiat dan sahsiah diri


Memahami erti remaja dan keremajaan

1. Meningkatkan perasaan positif terhadap tubuh badan sendiri yang mengalami perubahan.
2. Mencapai rol sosial sebagai seorang lelaki dan perempuan.
3. Meningkatkan perasaan positif terhadap diri sendiri dan menggunakannya secara berkesan.
4. Membentuk hubungan yang matang dengan rakan sebaya yang sama dan berlainan jantina.
5. Menjadi lebih bertanggungjawab dan mempelajari kemahiran membuat keputusan menjadi
    lebih berdikari.
6. Membentuk kemahiran komunikasi interpersonal.
7. Mula memikirkan masa depan.