JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp

JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp
BOBComp merupakan komputer interaktif yang dibangunkan oleh ahli PRS, Kelab Kerjaya dan SLAD. Mempunyai aplikasi seperti Ujian-Ujian Psikometrik yang terdiri daripada IPS, IPW, & SDS, KIOSK Kerjaya (Powerpoint berkaitan maklumat kerjaya), Kamus Kerjaya (Senarai 186 maklumat kerjaya mengikut turutan abjad A-Z), Maklumat Perkembangan Kerjaya (Jom Masuk U), dan Program-program UBK.

Wednesday, July 24, 2013

Penting ke ujian dan peperiksaan ni cikgu?

Kepada anak didikku sekalian; ini adalah surat jawapanku kepada kalian.

Ujian atau peperiksaan adalah ruang untuk menguji kefahaman pelajar. Melalui peperiksaan yang diadakan, guru-guru dapat memahami kelemahan-kelemahan pelajar. Hal ini membolehkan guru-guru memikirkan cara-cara untuk membantu pelajar mengatasi kelemahan-kelemahan tersebut supaya mereka dapat menimba ilmu dengan lebih berkesan seterusnya mencapai kejayaan dalam hidup.

Selain itu, ujian atau peperiksaan juga merangsangkan pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh. Kebanyakan pelajar berpendapat bahawa mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang merupakan satu kebanggaan kepada mereka. Oleh sebab itu, mereka akan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Mereka akan berasa malu sekiranya gagal dalam peperiksaan.

Walau bagaimanapun, terdapat juga guru-guru atau pelajar-pelajar yang terlalu mementingkan keputusan peperiksaan. Sejak kebelakangan ini, berlakunya banyak kes rasuah antara guru dengan pelajar ataupun kes meniru semasa peperiksaan. Dengan adanya peperiksaan menyebabkan pelajar sanggup menggunakan cara-cara yang salah untuk mendapatkan markah yang tinggi. Hal ini menyemai sikap yang tidak sihat dalam diri mereka.

Seterusnya, peperiksaan juga memberi tekanan kepada pelajar. Kehendak ibu bapa dan guru menyebabkan pelajar memaksa diri mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Jika pelajar tersebut tidak mengetahui cara untuk melepaskan tekanan ini, maka pelajar tersebut mungkin berasa susah untuk belajar. Hal ini menimbulkan pelbagai kesan negatif lain seperti pengambilan pil khayal bagi meredakan tekanan.

Akhir kata, peperiksaan mempunyai kebaikan dan keburukannya. Kita harus bekerjasama untuk mengekalkan tujuan sebenar peperiksaan.

En. Jafny Hj. Jaapar

p/s : Semoga maju jaya Putera Puteri Seafield yang akan menduduki Peperiksaan Percubaan PMR, SPM dan Ujian Bulanan bagi Tingkatan 4 dan Tingkatan 6. Anda Berhak Untuk Berjaya !

No comments:

Post a Comment