JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp

JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp
BOBComp merupakan komputer interaktif yang dibangunkan oleh ahli PRS, Kelab Kerjaya dan SLAD. Mempunyai aplikasi seperti Ujian-Ujian Psikometrik yang terdiri daripada IPS, IPW, & SDS, KIOSK Kerjaya (Powerpoint berkaitan maklumat kerjaya), Kamus Kerjaya (Senarai 186 maklumat kerjaya mengikut turutan abjad A-Z), Maklumat Perkembangan Kerjaya (Jom Masuk U), dan Program-program UBK.
Showing posts with label Dadah/Rokok. Show all posts
Showing posts with label Dadah/Rokok. Show all posts

Monday, March 25, 2013

Program PADAM & PBSS



Program PADAM & PBSS telah dijalankan bertujuan untuk melahirkan warga sekolah dan persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan Negara dan untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran “Sekolah Bebas Dadah”. 

Aktiviti yang dijalankan ialah:

ü  Ikrar Anti Dadah Anti Merokok
ü  Pantun Anti Dadah Anti Merokok (sesi pagi)
ü  Sajak Anti Dadah Anti Merokok (sesi petang)
ü  Ceramah UTAR : Say No To Smoking & Drugs
ü  Ceramah AADK : Pencegahan dadah dan rokok
ü  Ceramah UTAR : Breast Cancer Awareness
ü  Pertandingan Melukis Poster Anti Dadah Anti Merokok
ü  Pertandingan Melukis Kain Rentang Anti Dadah Anti Merokok
ü  Pameran PADAM & PBS
o   AADK
o   Bomba & Penyelamat
o   PDRM
o   JPJ
o   UTAR college
o   MPSJ
o   PKD
o   SLAD/PPDa

Wednesday, April 11, 2012

Program PADAM & PBSS

Masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan penduduk Malaysia bertambah membimbangkan. Keadaan ini boleh mengancam kepada kesejahteraan, ketenteraman dan  keselamatan rakyat. Menyedari hakikat ini, pada 28 Februari 1983 Jawatankuasa Kabinet Antidadah telah mengisytiharkan “Dadah Musuh Utama Negara”.
Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran Malaysia  telah diberitanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Program PADAM & PBSS  dijalankan bagi merealisasikan hasrat KPM untuk tujuan penyebaran maklumat dan langkah pencegahan terbaik kepada semua warga Seafield berkaitan PPDa dan Sekolah Selamat.

Wednesday, April 27, 2011

PROGRAM ORIENTASI SAHABAT PPDA-PETRONAS SEKOLAH MENENGAH NEGERI SELANGOR 2011


TARIKH : 26 April 2011
TEMPAT : Kem Bumi Jati, Shah Alam

OBJEKTIF PROGRAM :
  1. Memberikan pengetahuan asas sebagai pembimbing rakan sebaya,sahabat PPDa dan fasilitator yang baik.
  2. Memiliki sikap positif sebagai pembimbing rakan sebaya, sahabat PPDa dan fasilitator yang baik.
  3. Peserta dapat meningkatkan konsep kendiri.
  4. Peserta dapat memahami dan mengetahui cara berkomunikasi yang berkesan. Komunikasi yang berkesan dapat menyampaikan maklumat dengan tepat dan jelas.

Monday, April 11, 2011

Apa itu dadah?

Walaupun dadah yang dikenali umum terdiri daripada heroin, morfin, dan ganja, pada hakikatnya ia merangkumi juga semua bahan yang boleh memberi kesan seperti yang dinyatakan di atas. Ini termasuk tembakau dan arak. Malah, sesetengah ubat-ubatan jika tidak digunakan mengikut peraturan dan sukatan yang betul boleh memberi kesan negatif yang sama seperti dadah. Contohnya morfin dan sebatian terbitan daripadanya yang banyak digunakan sebagai ubat penghilang kesakitan semasa merawat kecederaan yang serius. Dengan perkataan lain dadah membawa risiko yang amat tinggi sehingga boleh mengakibatkan maut. Semua jenis dadah yang telah disebutkan pada dasarnya menunjukkan kesan ketagihan dalam bentuk pergantungan fizikal, mental dan emosi yang sama.

Wednesday, March 30, 2011

PROGRAM ORIENTASI SAHABAT PPDA-PETRONAS SEKOLAH RENDAH NEGERI SELANGOR 2011

TARIKH : 29 Mac 2011
TEMPAT : Hotel Presscot, Klang
OBJEKTIF PROGRAM :
  1. Memberikan pengetahuan asas sebagai pembimbing rakan sebaya dan fasilitator yang baik.
  2. Memiliki sikap positif sebagai pembimbing rakan sebaya dan fasilitator yang baik.
  3. Peserta dapat meningkatkan konsep kendiri.
  4. Peserta dapat memahami dan mengetahui cara berkomunikasi yang berkesan. Komunikasi yang berkesan dapat menyampaikan maklumat dengan tepat dan jelas.