JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp

JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp
BOBComp merupakan komputer interaktif yang dibangunkan oleh ahli PRS, Kelab Kerjaya dan SLAD. Mempunyai aplikasi seperti Ujian-Ujian Psikometrik yang terdiri daripada IPS, IPW, & SDS, KIOSK Kerjaya (Powerpoint berkaitan maklumat kerjaya), Kamus Kerjaya (Senarai 186 maklumat kerjaya mengikut turutan abjad A-Z), Maklumat Perkembangan Kerjaya (Jom Masuk U), dan Program-program UBK.

Sunday, December 2, 2012

Informasi Semasa...



7 JANUARI 2013 HINGGA 15 APRIL 2013 :
Permohonan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik/ILKA bagi lepasan SPM, Asasi, Matrikulasi, STPM, STAM, Diploma atau SETARAF dengannya dan jualan No. Unik ID di BSN bagi Sesi Akademik 2013/2014 akan dibuka.
Kemasukan adalah pada :
lepasan SPM/Setaraf - Jun 2013
lepasan STPM/Setaraf - September 2013


30 NOVEMBER 2012 : PEKELILING - PROSEDUR PENGURUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE IPTA, TEVT (POLITEKNIK) & ILKA SESI AKADEMIK 2013/2014
>> LEPASAN SPM/SETARAF
>> LEPASAN STPM/STAM
>> LEPASAN MATRIKULASI / ASASI
>> LEPASAN DIPLOMA/SETARAF
>>
KEMASUKAN KE SIJIL & DIPLOMA KE TEVT(POLITEKNIK) DAN ILK LEPASAN SPM & SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA

Bagi pemohon lepasan Sijil dari Politeknik yang ingin menyambung pengajian ke peringkat Diploma di Politeknik, permohonan hendaklah dibuat terus ke Politeknik. Sila rujuk laman web www.politeknik.edu.my untuk maklumat lanjut.

Wednesday, September 5, 2012

Rahsia psikologi warna


Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada empat warna utama : merah, hijau, kuning dan biru. Walaupun tidak diketahui secara pasti mengapa orang-orang menyukai warna dan kombinasi warna tertentu. Tetapi yang jelas, setiap warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza-beza. Bahkan sejak dahulu warna diketahui mempunyai pengaruh terhadap manusia, namun baru belakangan ini penggunaannya telah dimanfaatkan secara meluas dalam dunia permotoran, pakaian, permainan dan sebagainya.

MERAH

Merah:Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyut nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.

1.Merah Terang :Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. Sifatnya : Agresif, Aktif, Eksentrik. Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh ghairah, semangat,dominasi, kelakian.

2.Merah Jambu :Warna ini melambangkan romantisme, feminim. Warna ini mempunyai sifat menuntut dalam kepasrahan, menggemaskan dan jenaka.



BIRU

Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi, dan tarikan nafas. Sementara semua menurun, mekanisme pertahanan tubuh membangun organisme.

1.Biru Tua :Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, perasa, integratif. Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.

2.Biru Muda :Warna ini melambangkan keanjalan dari cita-cita. Sifatnya : Bertahan, Protektif, Tidak Berubah fikiran. Pengaruhnya : Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap.



KUNING

Warna ini melambangkan kegembiraan. Warna ini mempunyai sifat : Leluasa dan santai, senang menunda-nunda masalah. Berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.

1.Kuning Terang :Warna ini melambangkan sifat spontan yang eksentrik. Sifatnya : Toleran, Investigatif, Menonjol. Pengaruhnya : Berubah-ubah sikap, berpengharapan, pemurah, tidak percaya.



HIJAU

Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan kekerasan hati. Mempunyai keperibadian yang keras dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat : meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih superior dari yang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya senang dipuji, senang menasihati orang lain.


KELABU & HITAM

1.KELABU: Warna ini tidak menunjukkan erti yang jelas. Tidak terang dan sama sekali bebas dari kecenderungan psikologi. Warna ini cenderung neutral.

2.HITAM :Warna ini melambangkan kehidupan yang terhenti dan kerananya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan.



COKLAT & UNGU

1.COKLAT :Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri : suka merebut, tidak suka memberi hati, kurang toleran, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.

2.UNGU :Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat Gempuran Keras yang dilambangkan oleh warna biru. Perpaduan antara keintiman dan erotis atau menjurus pengertian yang mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan

Monday, August 27, 2012

Semoga Berjaya...




Kepada semua calon SPM 2012...Selamat menduduki Peperiksaan Peningkatan Prestasi Akademik (PPPA)...Semoga Maju Jaya!!!

No. Pin Matrikulasi



Kepada pelajar Tingkatan 5 yang telah memohon nombor pin Program Matrikulasi KPM, sila dapatkan nombor pin anda di Bilik Anjung Bina mulai 28 Ogos 2012...

Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin




UBK SMK Seafield mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin...
Semoga ceria di Hari Raya...

Friday, July 6, 2012

Hari Informasi Kerjaya Daerah Petaling Perdana 2012

AKTIVITI : Hari Informasi Kerjaya Daerah Petaling Perdana 2012
TARIKH : 5 Julai 2012 (Khamis)
TEMPAT : Dewan Serbaguna MPSJ Puchong Indah

Friday, June 29, 2012

Kursus Kepimpinan PRS Sekolah-sekolah Menengah Daerah Petaling Perdana 2012

AKTIVITI : Kursus Kepimpinan PRS Sekolah-sekolah Menengah Daerah Petaling Perdana 2012
TARIKH : 28 Jun 2012 (Khamis)
TEMPAT : INTI College, Subang Jaya

Sunday, May 20, 2012

KURSUS BINA UPAYA RAKAN SEBAYA 2012

Tarikh : 19 - 20 Mei 2012 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Nur Laman Bestari Eco-Resort, Ulu Yam, Selangor.









Tahniah ! Mereka sangat berani, anda bila lagi? Nantikan Kursus Bina Upaya Rakan Sebaya lagi tahun hadapan...:)


Saturday, May 12, 2012

Selamat Datang....Pelajar Baru Tingkatan 6

ORIENTASI TINGKATAN 6 & PROGRAM MAJU DIRI TINGKATAN 6 (RENDAH)
2012
Tarikh : 08 - 11 Mei 2012
Tempat : Dewan Seri Kenangan, SMK Seafield





Friday, May 4, 2012

MEMBINA JADUAL PELAJAR

Oleh;
En. Jafny Hj. Jaapar (GBKSM)

Anda mungkin pernah mendengar bidalan “masa itu emas”. Sebenarnya masa itu lebih berharga dari segala emas yang ada di dunia ini. Ini kerana, orang yang berjaya menggunakan sebahagian dari masanya untuk merancang penggunaan dan penyusunan masa itu sendiri. Dengan cara itu, dia dapat menggunakan masanya dengan sebaik-baiknya dan dapat pula menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Orang yang gagal pula tidak mahu merancang masa kerana menganggap itu sebagai perbuatan membuang masa. Dia terus sahaja mengharungi masa tanpa sebarang strategi dan taktik, menyebabkan dia lemas kerana kesuntukan masa.


Oleh itu kali ini, saya ingin berkongsi tip berkaitan membina jadual belajar. Jadual belajar yang ingin disediakan perlulah realistik dan boleh dilaksanakan dengan jayanya. Bagi memastikan jadual berjalan dengan lancar, tindakan perlu dikawal dengan mengamalkan strategi penggunaan masa secara berkesan. Beberapa konsep penting perlu difahami sebelum pelaksanaan dilakukan.
Cekap             : iaitu belajar dengan betul, menggunakan masa dan tenaga paling minimum
Efektif            : iaitu cara belajar yang paling berkesan, belajar dengan betul dan sempurna    mengikut keutamaan
Prinsip Pareto - 20:80 : Teori yang menekankan jika 20% daripada masa yang ada ditumpukan sepenuhnya pada belajar, kita akan dapat menghasilkan 80% output; sebaliknya jika 80% daripada masa yang ada digunakan untuk belajar, kita hanya akan mendapatkan 20% output sahaja.
Hukum Parkinson : menegaskan bahawa kerja-kerja bertambah mengikut masa yang ada jika tiada tempoh tamat. Kita akan mengambil masa yang lama, kerap menangguhkan kerja, jika kerja yang perlu dibuat tidak ditetapkan jangka waktunya.
Masa Perdana : waktu di mana kita merasa bertenaga, segar, otak yang cergas dan produktif.
Berpandukan kepada konsep di atas beberapa tip boleh dijadikan sebagai panduan membina jadual belajar :
  • Perlu ada disiplin diri yang baik. Disiplin adalah aspek yang paling popular dalam kalangan pelajar. Disiplin diri yang lemah menyebabkan kita tetap gagal walaupun perancangan baik dan teratur.
  • Hendaklah bijak mengatasi gangguan masa. Gangguan masa adalah gangguan yang menyebabkan anda tidak memperolehi masa berkualiti seperti yang anda rancangkan. Sebaik mana sekalipun perancangan ia akan gagal sekiranya wujud masalah atau gangguan semasa pelaksanaan. Oleh itu, gangguan masa perlu diatasi dengan cekap dan bijak.
  • Ikut keutamaan aktiviti seperti yang telah dirancangkan. Ini terutamanya menyentuh soal aktiviti akademik dan sosial dengan rakan taulan atau keluarga. Soal ini juga ada kaitannya dengan disiplin dan ketegasan diri dalam mematuhi keutamaan tugas yang telah digariskan.
  • Berikan tumpuan yang penuh pada masa menjalankan ulangkaji, dan kurangkan daripada terlalu banyak bercakap dan berbual kosong.
  • Gunakan waktu perdana dengan lebih bermakna.
  • Siapkan tugasan atau kerja rumah dalam jangka waktu yang dijadualkan.
  • Berehat seketika jika terlalu letih membuat kerja.
  • Rancang ikut keupayaan diri.
  • Cari rakan yang boleh mengingatkan anda tentang masa yang telah anda rancang.

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan nasihat-menasihati supaya menepati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menepati kesabaran”.
Surah al-Ashr (13):al-Quran

Thursday, April 26, 2012

Tahniah PIBG SMK Seafield



Unit Bimbingan & Kaunseling ingin mengucapkan tahniah kepada PIBG SMK Seafield kerana telah dinobatkan Johan PIBG Kebangsaan Kategori Sekolah Menengah Harian Biasa, KPM. Semoga Terus Sukses.

Thursday, April 12, 2012

Program Guru Penyayang

               Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi,  dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra,  mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan  disayangi setiap masa. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.

Wednesday, April 11, 2012

Program PADAM & PBSS

Masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan penduduk Malaysia bertambah membimbangkan. Keadaan ini boleh mengancam kepada kesejahteraan, ketenteraman dan  keselamatan rakyat. Menyedari hakikat ini, pada 28 Februari 1983 Jawatankuasa Kabinet Antidadah telah mengisytiharkan “Dadah Musuh Utama Negara”.
Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran Malaysia  telah diberitanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Program PADAM & PBSS  dijalankan bagi merealisasikan hasrat KPM untuk tujuan penyebaran maklumat dan langkah pencegahan terbaik kepada semua warga Seafield berkaitan PPDa dan Sekolah Selamat.

Thursday, April 5, 2012

Program Perkongsian Pintar Permata Hati

PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR PERMATA HATI



Hai, apa khabar semua? Untuk makluman, Unit Bimbingan & Kaunseling akan menganjurkan Program Perkongsian Pintar Permata Hati seperti ketentuan berikut :

Sasaran : Ibu bapa / Penjaga pelajar kumpulan kelas Permata Hati
Tarikh   : 07 April 2012 (Sabtu)
Tempat : Dewan Seri Kenangan, SMK Seafield
Masa    : 8.00 pagi - 12.00 tgh
Penceramah : Slot 1 : ASP Tn. Rodney dari IPD Subang Jaya
                    Slot 2 : Dr. Adnan dari Berjaya Uni College
Tema   : "Bersama Membantu Anak-anak Kita"

Sunday, March 25, 2012

PERMOHONAN BIASISWA 2012 BAGI LEPASAN SPM,STPM DAN MATRIKULASI 2011


  • Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Malaysia
  • Biasiswa Majlis Amanah Rakyat (MARA), Malaysia
  • Biasiswa Petronas, Malaysia
  • Biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Malaysia
  • Biasiswa FELDA, Malaysia
  • Biasiswa Yayasan TNB, Malaysia
  • Biasiswa Yayasan TM, Malaysia
  • Biasiswa Yayasan Khazanah, Malaysia
  • Biasiswa Yayasan UEM, Malaysia
  • Biasiswa Sime Darby, Malaysia
  • Biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM), Malaysia
  • Biasiswa Permodalan Nasional Berhad (PNB), Malaysia
  • Biasiswa Maybank, Malaysia
  • Biasiswa Proton, Malaysia
  • Biasiswa Shell, Malaysia
  • Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional
  • Biasiswa Tunku Abdul Rahman
  • Biasiswa New Zealand Commonwealth
  • Biasiswa Singapura
  • Biasiswa UPM-ELS Tun Dr. Mahathir
  • The UEM Scholarship Programme
  • Biasiswa Romania
  • Biasiswa Taylor’s World Class
  • Biasiswa Astro
  • Program Penajaan Pendidikan Petronas
  • Hong Leong Foundation Scholarship Programme
  • British Council IELTS Scholarship
  • The Titijaya Scholarship Fund
  • Western-Australian Government Scholarship (WA Premier Scholarship)
  • Biasiswa Yayasan TM
  • AMCHAM-MACEE Scholarship Program
  • Limkokwing Scholarship Award
  • Gamuda Scholarship Award
  • Program Tajaan Pendidik Malaysia Airports (ESP)
  • The Star Education Fund
  • Securities Commission Malaysia Scholarship Award
  • Program Tajaan Khazanah Global
  • Japanese Government (Monbukagakusho: MEXT) Scholarship for Undergraduate Studies
  • Biasiswa Endownmen Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Bank Negara Malaysia Scholarship Award Academic Session
  • Sin Chew Daily Education Fund
  • ASEAN Scholarships for Malaysia

PERMOHONAN BIASISWA 2012 BAGI LEPASAN SPM,STPM DAN MATRIKULASI 2011

Friday, March 23, 2012

Maklumat Tambahan


Kepada calon SPM 2011 yang ingin mengambil semula kertas bulan Jun untuk mata pelajaran BM @ Matematik, anda diminta terus ke Unit Peperiksaan di mana-mana Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) atau boleh terus dapatkan borang di Sektor Peperiksaan JPNS sebelum 31 Mac 2012.

Bagi mereka yang ingin membuat penyemakan keputusan peperiksaan SPM 2011, bolehlah dapatkan borang semakan semula keputusan di pejabat sekolah dan perlulah dilengkapkan serta hantar dalam masa sebulan selepas keputusan SPM diumumkan. (sebelum 21 April 2012)

KAMI DI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SMK SEAFIELD
SENTIASA MENDOAKAN YANG TERBAIK UNTUK KALIAN.
 

Thursday, March 22, 2012

Jom Mohon..bagi yang layak :)

Para lepasan Sijil, SPM, SPMV, STPM, Diploma dan yang setaraf dengannya dipelawa untuk memohon memasuki institusi-institusi pendidikan MARA bagi sesi Julai 2012.

Senarai Institusi Pendidikan MARA (IPMa)

Unit Pusat Institusi MARA
  • Kolej Profesional MARA (KPM)
  • Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
  • Institut Kemahiran MARA (IKM)
  • German Malaysian Institute (GMI)
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  • Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)
  • Kolej MARA (KM
  • Sila rujuk iklan Permohonan IPMa dan laman web Unit Pusat Institusi MARA untuk maklumat lanjut.
  • Jika terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Institut Pendidikan yang berkenaan atau layari laman web mereka seperti berikut :
    • Universiti Kuala Lumpur
      Bahagian Hal Ehwal Akademik
      1016, Jalan Sultan Ismail,
      50250 Kuala Lumpur
      Tel: 03-2175 4000 Faks: 03-2175 4001
      e-mel: enquiries@unikl.edu.my
      Laman web : www.unikl.edu.my dan www.admission.unikl.edu.my
     
    • Kolej Poly-Tech MARA
      Bahagian Pemasaran Korporat Kolej Poly-Tech MARA
      Jalan 6/91,
      Taman Shamelin Perkasa, Cheras,
      56100 Kuala Lumpur
      Tel: 03-9285 6033 / 9281 0762 Faks: 03-9281 2545
      e-mel: marketing@kptm.edu.my
      Laman web : www.kptm.edu.my
     
    • Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA
      Tingkat 20 & 21,
      Ibu Pejabat MARA
      Jalan Raja Laut,
      50609 Kuala Lumpur
      Tel: 03-2613 4605 / 4612 Faks: 03-2691 4510
      e-mel: upimikm@mara.gov.my
      Laman web : http://www.ikm.edu.my/
     
    • German-Malaysian Institute
      Jalan Ilmiah,
      Taman Universiti,
      43000 Kajang, Selangor
      Talian Umum: 03-8921 9191 / 9322 / 9288 Faks: 03-8921 9003
      e-mel: enquirygmi@gmail.com
      Laman web : www.gmi.edu.my
     

Jom Mohon..bagi yang layak :)



Kementerian Belia dan Sukan mempelawa mereka yang berminat dan layak untuk memohon belajar di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) di seluruh negara bagi pengambilan Sesi Julai 2012. Ini bagi mengikuti Latihan Kemahiran peringkat Sijil, Sijil Lanjutan, Diploma dan Diploma Lanjutan.

Konsep Latihan

Konsep latihan di IKBN adalah berbentuk latihan bersepadu dengan pelaksanaan pendekatannya merangkumi latihan kemahiran (teori dan praktikal), keusahawanan, ketatanegaraan, kepimpinan, keagamaan / moral, sukan/rekreasi dan khidmat masyarakat. 

Sila klik :  (IKBN) dan (IKTBN)

Yang Berminat Menjadi Guru...

Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM KPLSPM Ambilan Jun 2012

SILA KLIK

Tarikh Tutup

  • Permohonan kemasukan Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2012 ini akan ditutup pada 5 April 2012.

Jom Mohon..bagi yang layak :)

Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempelawa pelajar-pelajar yang sedang belajar dan layak untuk memohon pinjaman pelajaran boleh ubah pengajian Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Ijazah Sarjana Muda Pergigian di universiti luar negara.

Peringkat Dan Bidang Pengajian

Tawaran pinjaman pelajaran adalah bagi peringkat dan bidang pengajian seperti berikut:
Pinjaman Pelajaran MARA
  • Ijazah Sarjana Muda Perubatan
  • Ijazah Sarjana Muda Pergigian 




Sila klik : Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Jom Mohon..bagi yang layak :)



Petronas mempelawa calon-calon yang layak untuk memohon Program Biasiswa Pendidikan Petronas bagi lepasan SPM 2011. Pelajar lepasan SPM 2011 yang akan menerima biasiswa Petronas ini perlulah mempunyai rekod akademik yang cemerlang, bakat kepemimpinan di dalam kegiatan ko-kurikulum, sosial dan sukarela, serta memiliki keazaman dan kesungguhan.
Biasiswa Petronas ini adalah untuk mengikuti program pengajian di Universiti Teknologi Petronas (UTP) dan di universiti luar negara atau kampus cawangannya di Malaysia. 


Jom Mohon..bagi yang layak :)





Yayasan Tenaga Nasional (YTN) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Yayasan Tenaga Nasional bagi mengikuti Program Universiti Luar Negara dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bagi kemasukan tahun 2012.

Sila klik :  Yayasan Tenaga Nasional (YTN)

Jom Mohon..bagi yang layak.


Biasiswa ini dinamakan Biasiswa Tunku Abdul Rahman, bagi mengenang jasa  Almarhum Y.T.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri Malaysia pertama.

Biasiswa berprestij dan eksklusif ini ditawar kepada pelajar cemerlang dan berbakat kepimpinan yang tinggi untuk membolehkan penerima mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan dalam negara. Penerima biasiswa ini digelar Tunku Scholars.


Sila klik : Biasiswa Tunku AbdulRahman

Wednesday, March 21, 2012

Tahniah! Calon SPM 2011


Unit Bimbingan & Kaunseling ingin mengucapkan tahniah kepada semua calon SPM 2011 kerana berjaya mengekalkan momentum kecemerlangan. Teruskanlah usaha luar biasa kalian semoga menjadi warga bekerjaya yang lebih gemilang.

Monday, March 5, 2012

Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi Jun 2012


Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon untuk mengikuti program pengajian peringkat diploma  dan diploma lanjutan di Politeknik KPT bagi sesi Jun 2012. 

Pengambilan pelajar ke Politeknik KPT diadakan 2 kali setahun. Pengambilan pertama di pertengahan tahun manakala pengambilan kedua di hujung tahun berkenaan. 

Politeknik KPT menyediakan tempat pengajian untuk lulusan Diploma Politeknik KPT, lulusan Matrikulasi KPM, lulusan SPM, lulusan Sijil Politeknik KPT, lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT dan lulusan Sijil Kejuruteraan Pertanian PERDA-TECH.

Kategori Politeknik

Politeknik dibahagikan kepada 3 kategori :
  1. Politeknik Premier
    Program pengajian untuk melahirkan graduan yang berinovatif sebagai peneraju industri dan kebolehpasaran tinggi.
  2. Politeknik Konvensional
    Program TVET yang akan melahirkan pekerja berkemahiran dan berpengetahuan tinggi.
  3. Politeknik METrO
    Fokus kepada program pengajian yang berasaskan bidang perkhidmatan.

Permohonan Melalui UPU

Permohonan Melalui Politeknik

  • Permohonan terus ke Politeknik adalah untuk pemohon berikut :
    • Lulusan Sijil Politeknik KPT
    • Lulusan Sijil Kolej Komuniti KPT
    • Lulusan Sijil Kejuruteraan Pertanian PERDA-TECH
    • Lulusan Diploma Politeknik KPT
    • Lulusan Kolej Matrikulasi KPM
  • Permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui Bahagian Pengambilan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
  • Sila rujuk laman web Politeknik.
  • Borang Permohonan Melalui Politeknik.

Tarikh Tutup

Permohonan kemasukan ke Politeknik KPT sesi Jun 2012 akan ditutup pada 2 April 2012.

Maklumat

  • Sila rujuk komen-komen di Permohonan Kemasukan Ke Politeknik Sesi Disember 2011 dan Julai 2011 sebagai panduan.
  • Sebarang pertanyaan berkenaan kategori Permohonan Melaui UPU boleh menghubungi UPU melalui Talian Hotline 03 8870 6767 atau Talian Am 03 8870 6755/ 6766 atau e-mel : upu@mohe.gov.my atau layari laman web UPU.
  • Sebarang pertanyaan berkenaan kategori Permohonan Melalui Politeknik boleh menghubungi Jabatan Pengajian Politeknik melalui talian 03-8891 9240/ 9255/ 9256/ 9257/ 9258/ 9259 Faks : 03-8891 9319 atau e-mel : pengambilan@politeknik.edu.my atau layari laman web Politeknik.

Sunday, February 26, 2012

AGM PIBG SMK Seafield

AGM PIBG SMK Seafield ke-19 
Jamuan Meraikan SMK Seafield dianugerahkan Sekolah Kluster Kecemerlangan

Tarikh : 25 Feb 2012 (Sabtu)
Masa : 8.30 - 2.00 ptg
Tempat : Dewan Sri Kenangan
Dirasmikan : Tuan Hj. Mahmud bin Karim, Timbalan Pengarah JPN Selangor




Tuesday, January 10, 2012

NAGOYA UNIVERSITY (JAPAN) SCHOLARSHIP APPLICATION DEADLINE - 16 JANUARI 2012

To all STPM or A-Levels students, please put in your application befre thedateline. You may apply direct or through JAGAM.

http://www.jagam.org.my/02_events/JCC_activities/2012/nagoya/Nagoya20Scholarship_English _1.pdf
or
http://admissions.g30.naoya-u.ac.jp/en/

Good Luck in Your Application.

Thursday, January 5, 2012

PROGRAM MAJU DIRI (PMD) 2012


UBK SMK Seafield akan menjalankan Program Maju Diri (PMD) seperti berikut :

Tingkatan 1 :   9 - 13 Januari 2012
Tingkatan 2 : 16 - 19 Januari 2012
Tingkatan 3 : 10 - 13 Januari 2012
Tingkatan 5 : 16 - 19 Januari 2012

Waktu perlaksanaan PMD mulai waktu pertama sehingga waktu ke 4. Semoga bertemu nanti di sana!

Wednesday, January 4, 2012

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH


SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 
SEMOGA TAHUN 2012 MENJANJIKAN KEJAYAAN YANG CEMERLANG
UNTUK KITA SEMUA