JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp

JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp
BOBComp merupakan komputer interaktif yang dibangunkan oleh ahli PRS, Kelab Kerjaya dan SLAD. Mempunyai aplikasi seperti Ujian-Ujian Psikometrik yang terdiri daripada IPS, IPW, & SDS, KIOSK Kerjaya (Powerpoint berkaitan maklumat kerjaya), Kamus Kerjaya (Senarai 186 maklumat kerjaya mengikut turutan abjad A-Z), Maklumat Perkembangan Kerjaya (Jom Masuk U), dan Program-program UBK.

Friday, July 6, 2012

Hari Informasi Kerjaya Daerah Petaling Perdana 2012

AKTIVITI : Hari Informasi Kerjaya Daerah Petaling Perdana 2012
TARIKH : 5 Julai 2012 (Khamis)
TEMPAT : Dewan Serbaguna MPSJ Puchong Indah

Friday, June 29, 2012

Kursus Kepimpinan PRS Sekolah-sekolah Menengah Daerah Petaling Perdana 2012

AKTIVITI : Kursus Kepimpinan PRS Sekolah-sekolah Menengah Daerah Petaling Perdana 2012
TARIKH : 28 Jun 2012 (Khamis)
TEMPAT : INTI College, Subang Jaya

Sunday, May 20, 2012

KURSUS BINA UPAYA RAKAN SEBAYA 2012

Tarikh : 19 - 20 Mei 2012 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Nur Laman Bestari Eco-Resort, Ulu Yam, Selangor.









Tahniah ! Mereka sangat berani, anda bila lagi? Nantikan Kursus Bina Upaya Rakan Sebaya lagi tahun hadapan...:)


Saturday, May 12, 2012

Selamat Datang....Pelajar Baru Tingkatan 6

ORIENTASI TINGKATAN 6 & PROGRAM MAJU DIRI TINGKATAN 6 (RENDAH)
2012
Tarikh : 08 - 11 Mei 2012
Tempat : Dewan Seri Kenangan, SMK Seafield





Friday, May 4, 2012

MEMBINA JADUAL PELAJAR

Oleh;
En. Jafny Hj. Jaapar (GBKSM)

Anda mungkin pernah mendengar bidalan “masa itu emas”. Sebenarnya masa itu lebih berharga dari segala emas yang ada di dunia ini. Ini kerana, orang yang berjaya menggunakan sebahagian dari masanya untuk merancang penggunaan dan penyusunan masa itu sendiri. Dengan cara itu, dia dapat menggunakan masanya dengan sebaik-baiknya dan dapat pula menghasilkan kerja yang bermutu tinggi. Orang yang gagal pula tidak mahu merancang masa kerana menganggap itu sebagai perbuatan membuang masa. Dia terus sahaja mengharungi masa tanpa sebarang strategi dan taktik, menyebabkan dia lemas kerana kesuntukan masa.


Oleh itu kali ini, saya ingin berkongsi tip berkaitan membina jadual belajar. Jadual belajar yang ingin disediakan perlulah realistik dan boleh dilaksanakan dengan jayanya. Bagi memastikan jadual berjalan dengan lancar, tindakan perlu dikawal dengan mengamalkan strategi penggunaan masa secara berkesan. Beberapa konsep penting perlu difahami sebelum pelaksanaan dilakukan.
Cekap             : iaitu belajar dengan betul, menggunakan masa dan tenaga paling minimum
Efektif            : iaitu cara belajar yang paling berkesan, belajar dengan betul dan sempurna    mengikut keutamaan
Prinsip Pareto - 20:80 : Teori yang menekankan jika 20% daripada masa yang ada ditumpukan sepenuhnya pada belajar, kita akan dapat menghasilkan 80% output; sebaliknya jika 80% daripada masa yang ada digunakan untuk belajar, kita hanya akan mendapatkan 20% output sahaja.
Hukum Parkinson : menegaskan bahawa kerja-kerja bertambah mengikut masa yang ada jika tiada tempoh tamat. Kita akan mengambil masa yang lama, kerap menangguhkan kerja, jika kerja yang perlu dibuat tidak ditetapkan jangka waktunya.
Masa Perdana : waktu di mana kita merasa bertenaga, segar, otak yang cergas dan produktif.
Berpandukan kepada konsep di atas beberapa tip boleh dijadikan sebagai panduan membina jadual belajar :
  • Perlu ada disiplin diri yang baik. Disiplin adalah aspek yang paling popular dalam kalangan pelajar. Disiplin diri yang lemah menyebabkan kita tetap gagal walaupun perancangan baik dan teratur.
  • Hendaklah bijak mengatasi gangguan masa. Gangguan masa adalah gangguan yang menyebabkan anda tidak memperolehi masa berkualiti seperti yang anda rancangkan. Sebaik mana sekalipun perancangan ia akan gagal sekiranya wujud masalah atau gangguan semasa pelaksanaan. Oleh itu, gangguan masa perlu diatasi dengan cekap dan bijak.
  • Ikut keutamaan aktiviti seperti yang telah dirancangkan. Ini terutamanya menyentuh soal aktiviti akademik dan sosial dengan rakan taulan atau keluarga. Soal ini juga ada kaitannya dengan disiplin dan ketegasan diri dalam mematuhi keutamaan tugas yang telah digariskan.
  • Berikan tumpuan yang penuh pada masa menjalankan ulangkaji, dan kurangkan daripada terlalu banyak bercakap dan berbual kosong.
  • Gunakan waktu perdana dengan lebih bermakna.
  • Siapkan tugasan atau kerja rumah dalam jangka waktu yang dijadualkan.
  • Berehat seketika jika terlalu letih membuat kerja.
  • Rancang ikut keupayaan diri.
  • Cari rakan yang boleh mengingatkan anda tentang masa yang telah anda rancang.

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan nasihat-menasihati supaya menepati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menepati kesabaran”.
Surah al-Ashr (13):al-Quran

Thursday, April 26, 2012

Tahniah PIBG SMK Seafield



Unit Bimbingan & Kaunseling ingin mengucapkan tahniah kepada PIBG SMK Seafield kerana telah dinobatkan Johan PIBG Kebangsaan Kategori Sekolah Menengah Harian Biasa, KPM. Semoga Terus Sukses.

Thursday, April 12, 2012

Program Guru Penyayang

               Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi,  dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra,  mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan  disayangi setiap masa. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.