TARIKH : 11 – 13 Januari 2011 (Selasa hinggaKhamis)
TEMPAT :Dewan Seri Kenangan, SMK Seafield
MATLAMAT :
Membantu pelajar menimbulkan kesedaran dan memberikan pendedahan terhadap suasana yang baru sama ada persekitaran atau pun pembelajaran. Justeru, semoga program ini menjadi satu titik perubahan untuk mereka menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar dengan lebih berkesan dan sempurna di samping dapat mengekalkan motivasi serta memanfaatkan penerapan nilai-nilai murni daripada input yang diberikan.
OBJEKTIF :
a) Program ini adalah sebagai satu usaha untuk menimbulkan dan menumbuhkan kesedaran sahsiah di kalangan pelajar yang terlibat.
b) Pelajar dapat mengetahui kemahiran belajar yang diterapkan.
c) Pelajar mampu membuat keputusan yang bijak untuk sesuatu yang terbaik baginyaserta dapat menyesuaikan diri dalam suasana persekitaran dan persekolahan yang berbeza.
d) Menekankan perkembangan diri pelajar dari aspek-aspek jasmani dan intelek tetapi turut menerapkan perkembangan emosi dan rohani yang positif.
e) Membolehkan pelajar mengenali potensi diri, merangka strategi pencapaian kepimpinan, kemahiran belajar secara berkesan atau ‘study smart’.
f) Agar pelajar lebih bersedia menghadapi cabaran, yakin dan bermotivasi.
g) Agar pelajar-pelajar mengamalkan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam aktiviti-aktiviti PMD.
No comments:
Post a Comment