JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp

JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp
BOBComp merupakan komputer interaktif yang dibangunkan oleh ahli PRS, Kelab Kerjaya dan SLAD. Mempunyai aplikasi seperti Ujian-Ujian Psikometrik yang terdiri daripada IPS, IPW, & SDS, KIOSK Kerjaya (Powerpoint berkaitan maklumat kerjaya), Kamus Kerjaya (Senarai 186 maklumat kerjaya mengikut turutan abjad A-Z), Maklumat Perkembangan Kerjaya (Jom Masuk U), dan Program-program UBK.

Monday, March 7, 2011

Merealisasikan Keazaman



SETIAP pelajar, terutamanya pada awal tahun sentiasa berazam.

Sudah pasti sebagai seorang pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam pada tahun ini akan berazam untuk mendapat bilangan skor ``A'' yang terbanyak.

Di samping itu, terdapat juga pelajar yang tidak dapat menjadikan keazaman mereka satu kenyataan. Apakah silapnya? Bagaimanakah strategi yang perlu diatur ke arah merealisasikan segala keazaman yang ada pada diri kita?

Ketepatan arah tuju keazaman: Pada peringkat permulaan lagi arah tuju keazaman diri haruslah jelas. Ia bukan hanya terpendam di lubuk hati tetapi perlu dicatatkan di atas kertas atau dalam buku catatan. Merancang langkah atau strategi: Seterusnya keazaman yang diimpikan harus dikaji dengan merangka langkah-langkah atau strategi yang perlu diambil tindakan. Anda juga harus menyusun satu jadual kerja yang sistematik dalam usaha melaksanakan sesuatu tindakan yang diatur.

Keazaman bukan rahsia!: Keazaman anda bukanya satu rahsia. Ia harus diberitahu terutamanya kepada kedua ibu bapa, guru dan rakan. Tujuannya agar ia menjadi satu tanggungjawab yang perlu dipikul, rasa tercabar serta lebih serius untuk melaksanakan segala langkah yang diatur.

Kegigihan dan Keseronokan: Kegigihan dan keseronokan menjalankan segala langkah yang diatur mampu menjadi perangsang untuk mencapai kejayaan. Oleh itu laksanakan segala tindakan yang diatur dengan perasaan yang seronok tanpa menganggapkannya sebagai satu bebanan.

InsyaAllah jika anda laksanakan dengan penuh kejujuran, kesabaran, kepercayaan dan keyakinan, segala keazaman anda akan dapat direalisasikan.
 

No comments:

Post a Comment