JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp

JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp
BOBComp merupakan komputer interaktif yang dibangunkan oleh ahli PRS, Kelab Kerjaya dan SLAD. Mempunyai aplikasi seperti Ujian-Ujian Psikometrik yang terdiri daripada IPS, IPW, & SDS, KIOSK Kerjaya (Powerpoint berkaitan maklumat kerjaya), Kamus Kerjaya (Senarai 186 maklumat kerjaya mengikut turutan abjad A-Z), Maklumat Perkembangan Kerjaya (Jom Masuk U), dan Program-program UBK.

Thursday, April 26, 2012

Tahniah PIBG SMK Seafield



Unit Bimbingan & Kaunseling ingin mengucapkan tahniah kepada PIBG SMK Seafield kerana telah dinobatkan Johan PIBG Kebangsaan Kategori Sekolah Menengah Harian Biasa, KPM. Semoga Terus Sukses.

Thursday, April 12, 2012

Program Guru Penyayang

               Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi,  dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra,  mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan  disayangi setiap masa. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.

Wednesday, April 11, 2012

Program PADAM & PBSS

Masalah penyalahgunaan dadah dalam kalangan penduduk Malaysia bertambah membimbangkan. Keadaan ini boleh mengancam kepada kesejahteraan, ketenteraman dan  keselamatan rakyat. Menyedari hakikat ini, pada 28 Februari 1983 Jawatankuasa Kabinet Antidadah telah mengisytiharkan “Dadah Musuh Utama Negara”.
Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran Malaysia  telah diberitanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Program PADAM & PBSS  dijalankan bagi merealisasikan hasrat KPM untuk tujuan penyebaran maklumat dan langkah pencegahan terbaik kepada semua warga Seafield berkaitan PPDa dan Sekolah Selamat.

Thursday, April 5, 2012

Program Perkongsian Pintar Permata Hati

PROGRAM PERKONGSIAN PINTAR PERMATA HATI



Hai, apa khabar semua? Untuk makluman, Unit Bimbingan & Kaunseling akan menganjurkan Program Perkongsian Pintar Permata Hati seperti ketentuan berikut :

Sasaran : Ibu bapa / Penjaga pelajar kumpulan kelas Permata Hati
Tarikh   : 07 April 2012 (Sabtu)
Tempat : Dewan Seri Kenangan, SMK Seafield
Masa    : 8.00 pagi - 12.00 tgh
Penceramah : Slot 1 : ASP Tn. Rodney dari IPD Subang Jaya
                    Slot 2 : Dr. Adnan dari Berjaya Uni College
Tema   : "Bersama Membantu Anak-anak Kita"