JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp

JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp
BOBComp merupakan komputer interaktif yang dibangunkan oleh ahli PRS, Kelab Kerjaya dan SLAD. Mempunyai aplikasi seperti Ujian-Ujian Psikometrik yang terdiri daripada IPS, IPW, & SDS, KIOSK Kerjaya (Powerpoint berkaitan maklumat kerjaya), Kamus Kerjaya (Senarai 186 maklumat kerjaya mengikut turutan abjad A-Z), Maklumat Perkembangan Kerjaya (Jom Masuk U), dan Program-program UBK.

Tuesday, January 17, 2017

PROGRAM TRANSFORMASI DIRI (PTD)

Dalam arus kemajuan dan pertumbuhan ekonomi yang mantap, pembangunan kemanusiaan juga amat dititikberatkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPNS). Justeru, PROGRAM TRANSFORMASI DIRI (PTD) merupakan usaha murni yang dijalankan sebagai tunjang pembentukan modal insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial serta selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. PTD diharapkan menjadi langkah murni untuk membendung segala gejala negatif dalam kalangan pelajar. Oleh yang demikian, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Seafield telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan PTD bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.




 

No comments:

Post a Comment