JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp

JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp
BOBComp merupakan komputer interaktif yang dibangunkan oleh ahli PRS, Kelab Kerjaya dan SLAD. Mempunyai aplikasi seperti Ujian-Ujian Psikometrik yang terdiri daripada IPS, IPW, & SDS, KIOSK Kerjaya (Powerpoint berkaitan maklumat kerjaya), Kamus Kerjaya (Senarai 186 maklumat kerjaya mengikut turutan abjad A-Z), Maklumat Perkembangan Kerjaya (Jom Masuk U), dan Program-program UBK.

Sunday, September 25, 2011


Tawaran Untuk Melanjutkan Pelajaran Di Peringkat Master Dan Phd Dengan Biasiswa + Cuti Belajar + Gaji Penuh
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menawarkan Program Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah bagi mengikuti pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Dalam Negara secara Sepenuh Masa.
Pegawai yang mengikuti program ini akan diberikan Cuti Belajar Bergaji Penuh sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perintah Am Bab ‘C’ Perkara 36. Sepanjang tempoh Cuti Belajar ini, pegawai mengisi Jawatan Latihan Bahagian Tajaan Pendidikan, KPM. Tempoh Cuti Belajar ini layak diambil kira bagi tujuan perkiraan faedah-faedah persaraan.Pegawai layak untuk menerima Elaun Biasiswa serta penajaan Yuran Pengajian.


Bagi guru yang beminat sila klik di sini

No comments:

Post a Comment