JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp

JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp
BOBComp merupakan komputer interaktif yang dibangunkan oleh ahli PRS, Kelab Kerjaya dan SLAD. Mempunyai aplikasi seperti Ujian-Ujian Psikometrik yang terdiri daripada IPS, IPW, & SDS, KIOSK Kerjaya (Powerpoint berkaitan maklumat kerjaya), Kamus Kerjaya (Senarai 186 maklumat kerjaya mengikut turutan abjad A-Z), Maklumat Perkembangan Kerjaya (Jom Masuk U), dan Program-program UBK.

Tuesday, May 11, 2010

Kod Etika Guru Bimbingan & Kaunseling

Kod Etika Guru Bimbingan dan Kaunseling :
  1. Guru Bimbingan & Kaunseling hendaklah mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan tugasnya berlandaskan undang-undang tersebut.
  2. Guru Bimbingan & Kaunseling hendaklah menjaga tatalakunya demi memelihara piawaian dan identiti sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling dan integriti profesionnya.
  3. Guru Bimbingan & Kaunseling hendaklah sentiasa beruasaha menilai dan meningkatkan pengetahuan,kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesion.
  4. Guru Bimbingan & Kaunseling hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh bertanggungjawab, objektif dan jujur
  5. Guru Bimbingan & Kaunseling hendaklah diselia dan dinilai tugasnya oleh penyelia profesional melalui penyeliaan lazim dan sokongan perunding.

No comments:

Post a Comment