JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp

JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp
BOBComp merupakan komputer interaktif yang dibangunkan oleh ahli PRS, Kelab Kerjaya dan SLAD. Mempunyai aplikasi seperti Ujian-Ujian Psikometrik yang terdiri daripada IPS, IPW, & SDS, KIOSK Kerjaya (Powerpoint berkaitan maklumat kerjaya), Kamus Kerjaya (Senarai 186 maklumat kerjaya mengikut turutan abjad A-Z), Maklumat Perkembangan Kerjaya (Jom Masuk U), dan Program-program UBK.

Tuesday, May 11, 2010

Tanggungjawab Guru Bimbingan & Kaunseling

Tanggungjawab Guru Bimbingan dan Kaunseling :
  1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bertanggungjawab untuk mengutamakan kepentingan klien.
  2. Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah menghormati hak klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperolehi semasa menjalankan perkhidmatan melainkan maklumat yang akan membahayakan klien atau orang-orang di persekitaran.
  3. Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosioekonomi klien serta menerima mereka tanpa syarat.
  4. Guru Bimbingan dan Kauseling hendaklah memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien serta tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri.
  5. Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah membimbing klien ke arah pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap tingkahlakunya.
  6. Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah merujuk klien kepada pihak yang berkaitan jika mengikut pertimbangannya klien memerlukan perkhidmatan luar daripada bidang kepakarannya.

No comments:

Post a Comment