JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp

JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp
BOBComp merupakan komputer interaktif yang dibangunkan oleh ahli PRS, Kelab Kerjaya dan SLAD. Mempunyai aplikasi seperti Ujian-Ujian Psikometrik yang terdiri daripada IPS, IPW, & SDS, KIOSK Kerjaya (Powerpoint berkaitan maklumat kerjaya), Kamus Kerjaya (Senarai 186 maklumat kerjaya mengikut turutan abjad A-Z), Maklumat Perkembangan Kerjaya (Jom Masuk U), dan Program-program UBK.

Friday, June 11, 2010

Kata Alu-Aluan

Program Kaunseling Berfokus
Pendahuluan

Kajian buli dan ponteng yang menjurus kepada kemenjadian pelajar telah dibuat di pusat pengajian tinggi membuktikan bahawa masalah disiplin di sekolah semakin membimbangkan. Salah laku ini juga menyumbang kepada salah laku negatif yang lain seperti bergaduh, merokok dan kesalahan lain di luar atau di dalam sekolah.Amalan buruk yang dilakukan oleh pelajar ini patut dibendung dengan segera. Wujudnya jawatan Guru Bimbingan dan Kaunseling yang lebih dari seorang di seklah diharap dapat membantu menangani masalah disiplin ini secara lebih profesional.

Justeru itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil inisiatif untuk membangunkan satu modul khusus agar Guru Bimbingan dan Kaunseling dapat menjadikannya sebagai satu panduan dalam melaksanakan Program Kaunseling Berfokus dengan lebih berkesan di sekolah.

Rasional pembinaan Modul Program Kaunseling Berfokus di yakini mampu membantu memantapkan tugasan Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam melaksanakan Program Kaunseling Berfokus di sekolah-sekolah dengan lebih terancang.

Fokus pelan tindakan program ini mengikut kategori yang disenaraikan melalui pemerhatian, laporan disiplin, Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM), buku catatan, soal selidik, maklumat rakan sebaya dan lain-lain.Semua kumpulan murid yang telah dikenal pasti ini hendaklah disenaraikan mengikut tiga Bidang utama iaitu, Bidang Akademik; Bidang Disiplin; dan Bidang PPDa.

Fokus penghasilan modul hendaklah melibatkan ke tiga-tiga bidang. Bidang Akademik wajib iaitu merangkumi kumpulan Cemerlang dan Halus. Kemudian pilih tiga kumpulan sasaran dari dua bidang yang berikutnya mengikut keperluan sekolah.Jumlah murid yang yang terpilih dalam setiap kumpulan minimum 10 orang dan maksimum 20 orang murid untuk setiap satu kumpulan sasaran.


Kata Alu-Aluan

Menteri Pelajaran Malaysia


Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima Kasih kerana memberi peluang kepada saya merakamkan penghargaan syabas dan tahniah kepada kumpulan pembina Modul Kaunseling Berfokus kerana berinisiatif dan proaktif menyediakan alternatif program dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

Matlamat kerajaan untuk membina sebuah Negara Bangsa adalah selaras dengan gagasan 1Malaysia; rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan yang dihasratkan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Hasrat 1Malaysia ialah membina sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan keadilan.

Justeru, jika nilai-nilai ini dapat diterapkan melalui proses pendidikan yang terancang, seperti mana Modul Kaunseling Berfokus yang diilhamkan oleh kumpulan Guru Bimbingan dan Kaunseling, saya yakin dan percaya perpaduan dalam kalangan rakyat akan dapat diperkukuhkan dengan memanfaatkan Modul Kaunseling Berfokus ini. Kementerian Pelajaran akan akan terus menyokong pembinaan Negara Bangsa bagi memperkukuhkan perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan.

Akhir Kalam, saya menaruh penuh keyakinan dan berharap Guru Bimbingan dan Kaunseling dapat memainkan peranan yang penting dan melaksanakan modul yang dihasilkan seterusnya dapat membantu menyemai dan memupuk perpaduan, semangat patriotisme, menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran; serta membentuk akhlak dan jati diri murid bagi melahirkan modal insan cemerlang.


Kata Alu-Aluan
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian atas penerbitan Modul Kaunseling Berfokus ini. Saya percaya penerbitan modul ini adalah hasil kerjasama dan komitmen yang tinggi semua Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah daam membantu menangani permasalahan disiplin pelajar masa kini.

Pendidikan yang berkualiti menjamin masa depan yang lebih cerah. Dalam mengharungi cabaran abad ke-21 yang semakin hari semakin mencabar, para Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah perlu dilengkapi dengan kemahiran kaunseling yang lebih berfokus.Justeru, peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling yang sekian lama telah diperjuangkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dapat dilihat dengan lebih jelas dengan perlaksanaan Program Kaunseling Berfokus di sekolah kelak. Sumbangan Modul Kaunseling Berfokus ini dapat merealisasikan hasrat KPM untuk melihat permasalahan dan disiplin murid dapat ditangani oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling bahkan menjadi wahana kepada kepada kecermelangan murid.

Sehubungan itu, sekali lagi saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada kumpulan Guru Bimbingan dan Kaunseling yang terus mengambil langkah aktif dan proaktif menghasilkan Modul Kaunseling Berfokus ini demi manfaat diri, keluarga, masyarakat dan negara.


Kata Alu-Aluan
Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pelajaran Malaysia


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulullilah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, saya dapat bersama-sama dengan Kumpulan Guru Bimbingan dan Kaunseling, dalam sebuah buku yang sangat memberi makna kepada Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Modul Kaunseling Berfokus.


Sesungguhnya, Modul Kaunseling Berfokus yang dihasilkan kumpulan Guru Bimbingan Kaunseling yang merangkumi bidang akademik, disiplin dan pendidikan pencegahan dadah dapat membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia menangani isu-isu disiplin murid yang agak genting ketika ini. Justeru, saya sangat percaya, menyediakan masyarakat 20 tahun akan datang yang berteraskan 1Malaysia yang digagaskan oleh Perdana Menteri Malaysia, adalah bermulanya dari perlaksanaan Modul Kaunseling Berfokus yang dibina oleh Kumpulan Guru Bimbingan dan Kaunseling yang sangat dedikasi.


Saya ingin menegaskan bahawa Guru Bimbingan dan Kaunseling adalah sebagai warga pendidik telah terbukti memainkan peranan utama dalam membina negara bangsa.Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu berfikiran global dan bertindak secara terarah dengan menjadikan modul yang dihasilkan sebagai wadah untu membentuk warganegara dengan ciri-ciri individu dan masyarakat bangsa Malaysia.Justeru, negara akan hilang daya saing dan ketinggalan dari kemajuan golbal sekiranya para Guru Bimbingan dan Kaunseling tidak menjalankan tugas secara jujur, ikhlas dan penuh tanggungjawab.


Akhir Kata, ucapan tahniah dan syabas atas kejayaan menghasilkan Modul Kaunseling Berfokus ini.

No comments:

Post a Comment