JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp

JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp
BOBComp merupakan komputer interaktif yang dibangunkan oleh ahli PRS, Kelab Kerjaya dan SLAD. Mempunyai aplikasi seperti Ujian-Ujian Psikometrik yang terdiri daripada IPS, IPW, & SDS, KIOSK Kerjaya (Powerpoint berkaitan maklumat kerjaya), Kamus Kerjaya (Senarai 186 maklumat kerjaya mengikut turutan abjad A-Z), Maklumat Perkembangan Kerjaya (Jom Masuk U), dan Program-program UBK.

Sunday, June 20, 2010

Program Kesedaran Kebersihan Awal Keremajaan (Kao Malaysia Sdn. Bhd.)


Pn. Azni menjelaskan pengisian maklumat yang akan disampaikan dalam program Kesedaran Kebersihan Awal Keremajaan.


Pn. Azni memberikan penjelasan berkaitan senaman yang sesuai ketika kedatangan haid bagi remaja perempuan.


Pn. Azni memberikan saguhati kepada pelajar-pelajar dalam sesi soal jawab.


Sekiranya mempunyai permasalahan dan sebarang pertanyaan boleh diajukan terus kepada pihak KAO Malaysia Sdn. Bhd.

Pn. Normadiyana menyampaikan cenderahati kepada Pn. Azni sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih.


Program Kesedaran Kebersihan Awal Keremajaan (Kao Malaysia Sdn. Bhd.)

Tarikh : 9 Mac 2010

Hari : Selasa

Masa : 1.30 - 3.30 petang

Tempat : Dewan Seri Kenangan, SMK Seafield

Program Kesedaran Awal Keremajaan diadakan untuk membantu pelajar menimbulkan kesedaran dan memberikan pendedahan penjagaan kebersihan diri dalam kehidupan seharian mereka.Justeru, semoga program ini menjadi satu titik perubahan untuk mereka menjalani kehidupan dengan lebih sempurna serta dapat memberikan keselesaan dan boleh menguruskan diri sendiri dengan cara yang betul Antara pengisian di dalam program ini adalah :

1. Penempatan Pelajar-pelajar

2. Ceramah Kesedaran Kebersihan Awal Keremajaan Pelajar Perempuan

3. Sesi Soal Jawab

4. Pemberian Freegift kepada pelajar

5. Penyampaian Cenderahati

6. Penilaian Program

7. Gotong Royong

Refleksi :
Program ini dapat dijalankan dengan berkesan. Maklumat dapat disampaikan kepada pelajar dan melalui program ini, pelajar mulai sedar bahawa terdapat banyak perubahan yang akan berlaku sekiranya umur semakin meningkat remaja dan betapa pentingnya penjagaan kebersihan tersebut untuk sentiasa dapat mengekalkan keselesaan.

No comments:

Post a Comment