JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp

JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp
BOBComp merupakan komputer interaktif yang dibangunkan oleh ahli PRS, Kelab Kerjaya dan SLAD. Mempunyai aplikasi seperti Ujian-Ujian Psikometrik yang terdiri daripada IPS, IPW, & SDS, KIOSK Kerjaya (Powerpoint berkaitan maklumat kerjaya), Kamus Kerjaya (Senarai 186 maklumat kerjaya mengikut turutan abjad A-Z), Maklumat Perkembangan Kerjaya (Jom Masuk U), dan Program-program UBK.

Sunday, June 20, 2010

Program Pendididkan Bersama Rexona


Penceramah memulakan ceramah berkaitan penjagaan kebersihan dan perihal perempuan dalam urusan penjagaan diri yang sesuai.

Persembahan seni lakon yang diperlihatkan kepada pelajar-pelajar berhubung isu-isu yang berkaitan dengan alam remaja.


Wakil Rexona mengedarkan freegift kepada para pelajar sebelum pelajar-pelajar dibenarkan untuk masuk ke kelas masing-masing.

Program Pendidikan Bersama Rexona

Tarikh : 17 Mei 2010
Hari : Isnin
Masa : 2.00 - 3.00 petang
Tempat : Dewan Seri Kenangan, SMK Seafield


Program Pendidikan Bersama Rexona diadakan untuk membantu pelajar menimbulkan kesedaran dan memberikan pendedahan penjagaan kebersihan diri dalam kehidupan seharian mereka. Justeru, semoga program ini menjadi satu titik perubahan untuk mereka menjalani kehidupan dengan lebih sempurna serta dapat memberikan keselesaan dan boleh menguruskan diri sendiri dengan cara yang betul. Antara pengisian dalam program ini adalah seperti berikut:

1. Ceramah Program Pendidikan Bersama Rexona
2. Sesi Persembahan / Drama
3. Sesi Penerangan dan Kuiz
4. Pemberian Freegift kepada pelajar / sesi persampelan

Refleksi :

Program ini dapat dijalankan dengan berkesan. Maklumat dapat disampaikan kepada pelajar dan melalui program ini, pelajar mulai sedar bahawa terdapat banyak perubahan yang akan berlaku sekiranya umur semakin meningkat remaja dan betapa pentingnya penjagaan kebersihan tersebut untuk sentiasa dapat mengekalkan keselesaan.

No comments:

Post a Comment