JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp

JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp
BOBComp merupakan komputer interaktif yang dibangunkan oleh ahli PRS, Kelab Kerjaya dan SLAD. Mempunyai aplikasi seperti Ujian-Ujian Psikometrik yang terdiri daripada IPS, IPW, & SDS, KIOSK Kerjaya (Powerpoint berkaitan maklumat kerjaya), Kamus Kerjaya (Senarai 186 maklumat kerjaya mengikut turutan abjad A-Z), Maklumat Perkembangan Kerjaya (Jom Masuk U), dan Program-program UBK.

Saturday, January 1, 2011

PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 1

Pengetua, Pn. Hajah Zaleha bt. Abu Hasan sedang memberikan taklimat kepada ibu bapa.
TARIKH : 31 Disember 2010 (Jumaat).
TEMPAT : Dataran Bicara Kasih dan Dewan Seri Kenangan, SMK Seafield.
MATLAMAT  :
Membantu pelajar menimbulkan kesedaran dan memberikan pendedahan terhadap suasana yang baru sama ada persekitaran atau pun pembelajaran. Justeru, semoga program ini menjadi satu titik perubahan untuk mereka menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar dengan lebih berkesan dan sempurna di samping dapat mengekalkan motivasi serta memanfaatkan penerapan nilai-nilai murni daripada taklimat yang diberikan.
OBJEKTIF :
a)     Semua murid-murid akan mencapai kebolehan (proficiency) akademik yang diperlukan. 
b)     Semua murid-murid berjaya menamatkan pengajian hingga ke Tingkatan Lima. 
c)      Semua murid-murid akan berjaya dalam bidang yang dipilih. 
d)     Semua murid-murid akan mempamerkan integriti warganegara dan sikap yang baik. 
e)     Semua murid-murid akan mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat.

No comments:

Post a Comment