JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp

JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp
BOBComp merupakan komputer interaktif yang dibangunkan oleh ahli PRS, Kelab Kerjaya dan SLAD. Mempunyai aplikasi seperti Ujian-Ujian Psikometrik yang terdiri daripada IPS, IPW, & SDS, KIOSK Kerjaya (Powerpoint berkaitan maklumat kerjaya), Kamus Kerjaya (Senarai 186 maklumat kerjaya mengikut turutan abjad A-Z), Maklumat Perkembangan Kerjaya (Jom Masuk U), dan Program-program UBK.

Tuesday, January 11, 2011

PROGRAM MAJU DIRI TINGKATAN 1

Barisan Kelab Koir mengendalikan slot Suai Mesra yang mana semua pelajar dikehendaki menyanyikan lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.

TARIKH : 3 – 10 Januari 2011 (Isnin hingga Jumaat)
TEMPAT :Dewan Seri Kenangan, SMK Seafield
PENGENALAN :
Dalam arus kemajuan dan pertumbuhan ekonomi yang mantap, pembangunan kemanusiaan juga amat dititikberatkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPNS). Justeru, Program Maju Diri (PMD) merupakan usaha murni yang dijalankan sebagai tunjang pembentukan modal insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial serta selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
PMD diharapkan menjadi langkah murni untuk membendung segala gejala negatif di kalangan pelajar. Oleh yang demikian, Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Seafield telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan PMD bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
MATLAMAT  :
Membantu pelajar menimbulkan kesedaran dan memberikan pendedahan terhadap suasana yang baru sama ada persekitaran atau pun pembelajaran. Justeru, semoga program ini menjadi satu titik perubahan untuk mereka menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar dengan lebih berkesan dan sempurna di samping dapat mengekalkan motivasi serta memanfaatkan penerapan nilai-nilai murni daripada input yang diberikan.
OBJEKTIF :
a)     Program ini adalah sebagai satu usaha untuk menimbulkan dan menumbuhkan kesedaran sahsiah di kalangan pelajar yang terlibat. 
b)     Pelajar dapat mengetahui kemahiran belajar yang diterapkan. 
c)     Pelajar mampu membuat keputusan yang bijak untuk sesuatu yang terbaik baginya serta dapat menyesuaikan diri dalam suasana persekitaran dan persekolahan yang berbeza. 
d)     Menekankan perkembangan diri pelajar dari aspek-aspek jasmani dan intelek tetapi turut menerapkan perkembangan emosi  dan rohani yang positif. 
e)     Membolehkan pelajar mengenali potensi diri, merangka strategi pencapaian kepimpinan, kemahiran belajar secara berkesan atau ‘study smart’. 
f)     Agar pelajar lebih bersedia menghadapi cabaran, yakin dan bermotivasi. 
g)    Agar pelajar-pelajar mengamalkan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam aktiviti-aktiviti PMD.

No comments:

Post a Comment