JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp

JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp
BOBComp merupakan komputer interaktif yang dibangunkan oleh ahli PRS, Kelab Kerjaya dan SLAD. Mempunyai aplikasi seperti Ujian-Ujian Psikometrik yang terdiri daripada IPS, IPW, & SDS, KIOSK Kerjaya (Powerpoint berkaitan maklumat kerjaya), Kamus Kerjaya (Senarai 186 maklumat kerjaya mengikut turutan abjad A-Z), Maklumat Perkembangan Kerjaya (Jom Masuk U), dan Program-program UBK.

Thursday, June 24, 2010

Kursus Kepimpinan PRS dan Pengawas Pusat Sumber 2010

Team Allocation - Formation of Team Name, Flag Design & War Cry Presentation by all teams.
Food Presentation.
Napkin Folding & Table Setting Competition.

Discussion : What makes a Good Leader - Brains? Braun? Values? and Presentation by Teams.Games - City of Dreams.

Closing Ceremony.

PROGRAM : Kursus Kepimpinan PRS dan Pengawas Pusat Sumber
TARIKH : 17 Hingga 19 Jun 2010
TEMPAT : INTI Genting International College & Genting Theme Park, Pahang
OBJEKTIF PROGRAM :
  • Program ini adalah sebagai satu usaha berterusan untuk menimbulkan dan menumbuhkan kesedaran sahsiah di kalangan pimpinan pelajar yang terlibat.
  • Memberi keyakinan kepada pelajar bahawa semua individu ada kelebihan yang tersendiri untuk berjaya.
  • Meningkatkan pengetahuan pelajar tentang pentingnya semangat bekerjasama dan toleransi dalam organisasi.
  • Memperluaskan pengetahuan pelajar tentang kepimpinan dan semangat berpasukan.
MATLAMAT PROGRAM:
Membantu pelajar memperbaiki dan menimbulkan kesedaran akan kelemahan sahsiah serta corak pimpinan apabila berada dalam organisasi sekolah.

KUMPULAN SASARAN :

Pelajar PRS dan Pengawas Pusat Sumber

Wednesday, June 23, 2010

Aktiviti Unit B&K = Julai 2010

MINGGU KERJAYA 2010



ANTARA AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN :
  • Pertandingan Kerjaya (Poster, Kuiz, Buku Skrap Maklumat Kerjaya)
  • Ceramah Kerjaya
  • Pameran Pendidikan Kerjaya
  • Lawatan Kerjaya ke FRIM

Tuesday, June 22, 2010

Program Muridku Anakku Sayang ( MAS )

Tarikh : 19 - 23 April 2010
Har
i : Isnin - Jumaat
Tempat : Tapak Perhimpunan, Dewan Seri Kenangan & Bilik Darjah
Tema : "Hormat Menghormati Mencerminkan Kemuliaan Diri
"

Perjalanan Program :
1. Perasmian Program oleh Pengetua SMK Seafield.
2. Ceramah Hormat-Menghormati.
3. Latihan Dalam Kumpulan (LDK).
3. Aktiviti Khidmat Masyarakat.
4. Pertandingan Kuiz.
5. Pertandingan Melukis Poster.
6. Anugerah Tokoh Pelajar 2010.










Pn. Teh Seok Im, selaku Pengetua SMK Seafield telah merasmikan

Program Muridku Anakku Sayang (MAS).










Penceramah begitu tekun menyampaikan ceramah mereka yang
bertemakan "Hormat-Menghormati".










LDK turut dijalankan di dalam Program Muridku Anakku Sayang (MAS).









Para pelajar bekerjasama membersihkan bilik guru dan pusat sumber sekolah
melaluiaktiviti "Khidmat Masyarakat".









Di antara pelajar-pelajar yang menyertai pertandingan kuiz bertemakan "Hormat-Menghormati".










Pertandingan melukis poster bertemakan "Hormat-Menghormati Mencerminkan Kemuliaan Diri"
turut diadakan di dalam Program MAS.













Muhammad Danial b Mohd Zian (sesi pagi) dan Muhammad Kamil b Haji Mohd Yasin (sesi petang)
telah berjaya dipilih sebagai Anugerah Tokoh Pelajar 2010.

Program Maju Diri Ting. 2

Tarikh : 21 - 27 Januari 2010
Hari : Isnin hingga Jumaat
Masa : 1.10 petang.- 4.10 petang
Tempat : Dewan Seri Kenangan, SMK Seafield

Perjalanan Program Maju Diri :
1. Pendaftaran semua peserta.
2. Ceramah Kemahiran Belajar.
3. Ujian PRA.
4. Ice breaking.
5. Latihan Dalam Kumpulan (LDK).
6. Penilaian program.


En.Subra dan En.Ravi memberikan ceramah berkaitan "Fun With Math" dan kemahiran belajar khas untuk semua pelajar tingkatan 2.

Pelajar-pelajar tekun menjawab Ujian PRA sebelum bermulanya PMD.

Pn Nordiana menjalankan aktiviti "Ice Breaking" bersama pelajar-pelajar tingkatan 2

Pelajar-pelajar diminta membacakan hasil kerja kumpulan masing-masing
bagi aktiviti "Radio Buruk"

Pelajar-pelajar bekerjasama dalam menyusun semula perkataan-perkataan
positif dan negatif melalui aktiviti "Sahiba"

Sunday, June 20, 2010

Program Pendididkan Bersama Rexona


Penceramah memulakan ceramah berkaitan penjagaan kebersihan dan perihal perempuan dalam urusan penjagaan diri yang sesuai.

Persembahan seni lakon yang diperlihatkan kepada pelajar-pelajar berhubung isu-isu yang berkaitan dengan alam remaja.


Wakil Rexona mengedarkan freegift kepada para pelajar sebelum pelajar-pelajar dibenarkan untuk masuk ke kelas masing-masing.

Program Pendidikan Bersama Rexona

Tarikh : 17 Mei 2010
Hari : Isnin
Masa : 2.00 - 3.00 petang
Tempat : Dewan Seri Kenangan, SMK Seafield


Program Pendidikan Bersama Rexona diadakan untuk membantu pelajar menimbulkan kesedaran dan memberikan pendedahan penjagaan kebersihan diri dalam kehidupan seharian mereka. Justeru, semoga program ini menjadi satu titik perubahan untuk mereka menjalani kehidupan dengan lebih sempurna serta dapat memberikan keselesaan dan boleh menguruskan diri sendiri dengan cara yang betul. Antara pengisian dalam program ini adalah seperti berikut:

1. Ceramah Program Pendidikan Bersama Rexona
2. Sesi Persembahan / Drama
3. Sesi Penerangan dan Kuiz
4. Pemberian Freegift kepada pelajar / sesi persampelan

Refleksi :

Program ini dapat dijalankan dengan berkesan. Maklumat dapat disampaikan kepada pelajar dan melalui program ini, pelajar mulai sedar bahawa terdapat banyak perubahan yang akan berlaku sekiranya umur semakin meningkat remaja dan betapa pentingnya penjagaan kebersihan tersebut untuk sentiasa dapat mengekalkan keselesaan.

Program Menjaga Kebersihan Muka Clean & Clear


Beberapa orang pelajar terpilih untuk membuat demonstrasi bagaimana cara untuk mencuci muka dengan betul mengunakan produk yang disediakan.


Wakil Johnson & Johnson (Clean & Clear) menunjukkan demonstrasi bagaimana cara untuk mencuci muka dengan betul mengunakan produk yang disediakan.


Antara persiapan yang perlu dibuat untuk melengkapkan pengisian Program Ceramah Menjaga Kebersihan Muka Johnson & Johnson (Clean & Clear).


Penceramah memulakan ceramah berkaitan penjagaan kulit bagi semua pelajar dalam kehidupan seharian mereka.


Wakil daripada pihak Johnson & Johnson (Clean & Clear) sedang membuat persediaan untuk demonstrasi pencucian muka bagi para pelajar.


Program Menjaga Kebersihan Muka Johnson & Johnson ( Clean & Clear )

Tarikh : 3 Mei 2010
Hari : Isnin
Masa : 5.00 - 6.00 petang
Tempat : Dewan Seri Kenangan, SMK Seafield

Program Menjaga Kebersihan Muka Johnson & Johnson (Clean & Clear) bertujuan untuk membantu pelajar menimbulkan kesedaran dan memberikan pendedahan penjagaan kebersihan diri dalam kehidupan seharian mereka. Justeru, semoga program ini menjadi satu titik perubahan untuk mereka menjalani kehidupan dengan lebih sempurna serta dapat memberikan keselesaan dan boleh menguruskan diri sendiri dengan cara yang betul. Antara pengisian yang diberikan adalah seperti berikut:

1. Penempatan Pelajar
2. Ceramah Menjaga Kebersihan Muka Johnson & Johnson ( Clean & Clear )
3. Borang Soal Selidik
4. Sesi Soaljawab
5. Demonstrasi Pencuci Muka untuk pelajar
6. Pemberian Freegift kepada pelajar
7. Penilaian Program


Refleksi :
Program ini dapat dijalankan dengan berkesan. Maklumat dapat disampaikan kepada pelajar dan melalui program ini, pelajar mulai sedar bahawa terdaoat banyak perubahan yang akan berlaku sekiranya umur semakin meningkat remaja dan betapa pentingnya penjagaan kebersihan tersebut untuk sentiasa dapat mengekalkan keselesaan.

Program Kempen Keselamatan ( SP Media )


Antara wakil SP MEDIA yang turut sama membantu sepanjang ceramah dijalankan.


Penceramah memulakan ceramah berkaitan keselamatan diri bagaimana mengelak dan apakah langkah berjaga-jaga yang perlu dilakukan apabila bertemu dengan orang asing yang tidak dikenali.


Antara input yang diberikan kepada para pelajar tertera dalam slaid yang disediakan iaitu berkaitan dengan situasi jika diancam, juga antara perkara yang melibatkan keselamatan para pelajar.


Penceramah mengajukan persoalan kepada pelajar secara sukarela untuk menjawab persoalan yang diberikan.


Antara para pelajar yang sukarela untuk menjawab persoalan yang diberikan seterusnya menjadi wakil pelajar untuk mendapat saguhati daripada pihak SP MEDIA.

Program Kempen Keselamatan ( SP Media )


Tarikh : 23 April 2010
Hari : Jumaat
Masa : 5.30 - 6.45 petang
Tempat : Dewan Seri Kenangan, SMK Seafield


Program Kempen Keselamatan ( SP Media ) diadakan untuk membantu para pelajar menimbulkan rasa kesedaran dan memberikan pendedahan berkaitan keselamatan diri dalam kehidupan seharian mereka. Justeru, semoga program ini menjadi satu titik perubahan untuk mereka menjalani kehidupan denan lebih sempurna serta dapat mengaplikasikan segala input yang diberikan supaya dapat menjamin keselamatan diri sendiri dan keluarga. Antara pengisian program adalah seperti berikut:

1. Penempatan Pelajar-pelajar
2. Ceramah Kempen Keselamatan
3. Sesi Soal Jawab
4. Pemberian Freefift kepada pelajar
5. Penilaian Program
6. Gotong Royong

Refleksi :
Program ini dapat dijalankan dengan berkesan.Maklumat dapat disampaikan kepada pelajar dan melalu program ini, pelajar mulai sedar bahawa terdapat banyak perkara yang mungkin akan berlaku sekiranya para pelajar tidak menitikberatkan penjagaan keselamatan dan betapa pentingnya sentiasa perlu berwaspada dalam apa jua tindakan yang diambil.


Program Jati Diri ( Disiplin Diri Cerminan Peribadi )


Pn. Normadiyana sedang mengendalikan taklimat ringkas berkaitan program.


Pelajar-pelajar diberikan senaman ringan untuk memberikan semangat sebelum ceramah dimulakan juga sebagai slot selingan.


Pn. Nordiana memberikan ceramah berkaitan “Jati Diri Tunggak Insan Terbilang”.


Pn. Normadiyana mengendalikan slot LDK (Need Each Other) sedang memerhatikan tugasan yang diselesaikan oleh pelajar.


Para pelajar bersama-sama berbincang untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan.


Pn. Normadiyana bertanyakan maklum balas para pelajar berkaitan perbincangan dan falsafah LDK yang dijalankan.


Para pelajar bersama-sama berbincang untuk menyelesaikan tugasan dalam LDK (Titik Kehidupan).


Program Jati Diri ( Disiplin Diri Cerminan Peribadi )

Tarikh : 15 April 2010

Hari : Khamis

Masa : 1.10 Petang - 6.50 Petang

Tempat : Makmal Pembelajaran Bestari, SMK Seafield


Program Jati Diri ( Disiplin Diri Cerminan Peribadi ) diadakan untuk membantu pelajar memperbaiki dan menimbulkan kesedaran akan kelemahan sahsiah dan tingkah laku para pelajar. Justeru, semoga program ini menjadi satu titik perubahan untuk mereka menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar dengan lebih berkesan dan sempurna.Antara pengisian dalam program ini adalah seperti berikut :



1. Pendaftaran Peserta

2. Taklimat Awal

3. Aktiviti Berkumpulan

4. Ceramah Bertajuk "Jati Diri Tunggak Insan Terbilang"

5. Penilaian Program

6. Gotong Royong


Refleksi :
Program ini dapat dijalankan dengan berkesan. Maklumat dapat disampaikan kepada peserta dan melalui program ini, peserta mulai sedar bahawa terdapat banyak cara untuk mengatasi masalah pemantapan Jati diri dan tingkah laku negatif.

Program Jati Diri 2010


Pn. Normadiyana sedang mengendalikan pendaftaran peserta serta sedikit taklimat berkaitan program.


En. Jafny memberikan ceramah berkaitan “Jati Diri Tunggak Insan Terbilang”.


En. Jafny bertanya kepada salah seorang peserta yang terlibat.


Pn. Normadiyana bertanya maklum balas peserta yang terkeluar dalam Slot Aktiviti “Titanic”.


Salah seorang peserta memainkan peranannya dalam Slot Aktiviti “Topi Saya”.

Program Jati Diri Tahun 2010


Tarikh : 2 April 2010

Hari : Jumaat

Masa : 2.20 petang - 6.45 petang

Tempat : Makmal Pembelajaran Bestari

Program Jati Diri 2010 diadakan untuk membantu pelajar membaiki dan menimbulkan kesedaran akan kelemahan sahsiah dan tingkah laku para pelajar. Justeru, semoga program ini menjadi satu titik perubahan untuk mereka menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar dengan lebih berkesan dan sempurna.Antara pengisiannya dalam program ini adalah seperti berikut :

1. Pendaftaran Peserta

2. Taklimat Awal

3. Aktiviti Berkumpulan

4. Ceramah Bertajuk "Jati Diri Insan Terbilang"

5. Penilaian Program

6. Gotong Royong

Refleksi :
Program ini dapat dijalankan dengan berkesan. Maklumat dapat disampaikan kepada peserta dan melalui program ini, peserta mulai sedar bahawa terdapat banyak cara untuk mengatasi masalah pemantapan Jati Diri dan tingkah laku negatif.