JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp

JEMPUT SINGGAH KE ANJUNG BINA KENDIRI SMK SEAFIELD DAN ALAMI SENDIRI PENGALAMAN BERSAMA BOBComp
BOBComp merupakan komputer interaktif yang dibangunkan oleh ahli PRS, Kelab Kerjaya dan SLAD. Mempunyai aplikasi seperti Ujian-Ujian Psikometrik yang terdiri daripada IPS, IPW, & SDS, KIOSK Kerjaya (Powerpoint berkaitan maklumat kerjaya), Kamus Kerjaya (Senarai 186 maklumat kerjaya mengikut turutan abjad A-Z), Maklumat Perkembangan Kerjaya (Jom Masuk U), dan Program-program UBK.

Sunday, June 20, 2010

Program Jati Diri 2010


Pn. Normadiyana sedang mengendalikan pendaftaran peserta serta sedikit taklimat berkaitan program.


En. Jafny memberikan ceramah berkaitan “Jati Diri Tunggak Insan Terbilang”.


En. Jafny bertanya kepada salah seorang peserta yang terlibat.


Pn. Normadiyana bertanya maklum balas peserta yang terkeluar dalam Slot Aktiviti “Titanic”.


Salah seorang peserta memainkan peranannya dalam Slot Aktiviti “Topi Saya”.

Program Jati Diri Tahun 2010


Tarikh : 2 April 2010

Hari : Jumaat

Masa : 2.20 petang - 6.45 petang

Tempat : Makmal Pembelajaran Bestari

Program Jati Diri 2010 diadakan untuk membantu pelajar membaiki dan menimbulkan kesedaran akan kelemahan sahsiah dan tingkah laku para pelajar. Justeru, semoga program ini menjadi satu titik perubahan untuk mereka menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar dengan lebih berkesan dan sempurna.Antara pengisiannya dalam program ini adalah seperti berikut :

1. Pendaftaran Peserta

2. Taklimat Awal

3. Aktiviti Berkumpulan

4. Ceramah Bertajuk "Jati Diri Insan Terbilang"

5. Penilaian Program

6. Gotong Royong

Refleksi :
Program ini dapat dijalankan dengan berkesan. Maklumat dapat disampaikan kepada peserta dan melalui program ini, peserta mulai sedar bahawa terdapat banyak cara untuk mengatasi masalah pemantapan Jati Diri dan tingkah laku negatif.

No comments:

Post a Comment