Pengetua, Pn. Teh Seok Im sedang memberikan taklimat kepada ibu bapa.
Antara ibu bapa yang hadir dalam Program Orientasi Tingkatan 1 bagi tahun 2010.
Para pelajar bersama guru kelas masing-masing di Dataran Bicara Kasih untuk urusan pengambilan buku teks di Blok D.
Pn. Roslina Ahmad sedang memberikan taklimat berkaitan HEM kepada ibu bapa.
En. Musawir sedang memberikan taklimat berkaitan pengurusan harian pelajar bagi sesi petang kepada ibu bapa.
Antara ibu bapa yang membantu anak untuk menyalin jadual di kelas masing-masing sambil diperhatikan guru kelas tersebut.
Antara pelajar yang telah memperolehi pinjaman buku teks berada di kelas yang dikhaskan untuk pemeriksaan penerimaan buku tersebut.
Antara guru yang terlibat untuk menguruskan pemeriksaan penerimaan peminjaman buku teks bagi pelajar-pelajar di dalam kelas masing-masing.
Cik Tan SS, guru koperasi dan ahli koperasi yang menjalankan operasi untuk pembelian lencana bagi pelajar-pelajar baru.
Para ibu bapa dan pelajar yang berbaris untuk membuat urusan pembelian buku di kedai buku SMK Seafield.
Hari Orientasi Tingkatan 1 Tahun 2010
Orientasi Tingkatan 1 bertujuan untuk membantu pelajar menimbulkan kesedaran dan memberikan pendedahan terhadap suasana yang baru sama ada persekitaran atau pun pembelajaran. Justeru, semoga program ini menjadi satu titik perubahan untuk mereka menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar dengan lebih berkesan dan sempurna di samping dapat mengekalkan motivasi serta memanfaatkan penerapan nilai-nilai murni daripada taklimat yang diberikan.
Atucara Hari Orientasi Tingkatan 1 Tahun 2010 pada 31 Disember 2009
8.00 pagi:
Pelajar Tingkatan 1 berhimpun di Dataran Bicara mengikut kelas.
8.15 pagi:
a ) Ucapan alu-aluan oleh Pengacara Majlis, Pn. Normadiyana
b ) Bacaan doa oleh En Zuklfli bin Keliwon
c ) Pengenalan kepada semua pentadbir dan guru tingkatan 1
d ) Menjemput ibu bapa ke dewan
8.30 pagi :
DI DATARAN BICARA / KELAS
a ) Pelajar mengambil buku teks SPBT di Blik D mengikut kelas
b ) Pengawas membawa pelajar-pelajar ke kelas masing-masing secara beratur
DI DEWAN SERI KENANGAN
a ) Taklimat Pengetua
b ) Ucapan naib YDP PIBG
c ) Taklimat Penolong Kanan ( PK ) HEM
d ) Taklimat PK Koku
e ) Taklimat PK Petang
Refleksi:
Program ini dapat dijalankan dengan berkesan. Maklumat dapat disampaikan kepada pelajar dan melalui program ini, pelajar mulai sedar bahawa terdapat banyak perubahan yang perlu dalam dirinya untuk mengikuti cara pembelajaran yang baru serta meningkatkan perkembangan sahsiah ke arah kebaikan.
Program ini dapat dijalankan dengan berkesan. Maklumat dapat disampaikan kepada pelajar dan melalui program ini, pelajar mulai sedar bahawa terdapat banyak perubahan yang perlu dalam dirinya untuk mengikuti cara pembelajaran yang baru serta meningkatkan perkembangan sahsiah ke arah kebaikan.
No comments:
Post a Comment