Antara wakil SP MEDIA yang turut sama membantu sepanjang ceramah dijalankan.
Penceramah memulakan ceramah berkaitan keselamatan diri bagaimana mengelak dan apakah langkah berjaga-jaga yang perlu dilakukan apabila bertemu dengan orang asing yang tidak dikenali.
Antara input yang diberikan kepada para pelajar tertera dalam slaid yang disediakan iaitu berkaitan dengan situasi jika diancam, juga antara perkara yang melibatkan keselamatan para pelajar.
Penceramah mengajukan persoalan kepada pelajar secara sukarela untuk menjawab persoalan yang diberikan.
Antara para pelajar yang sukarela untuk menjawab persoalan yang diberikan seterusnya menjadi wakil pelajar untuk mendapat saguhati daripada pihak SP MEDIA.
Program Kempen Keselamatan ( SP Media )
Tarikh : 23 April 2010
Hari : Jumaat
Masa : 5.30 - 6.45 petang
Tempat : Dewan Seri Kenangan, SMK Seafield
Program Kempen Keselamatan ( SP Media ) diadakan untuk membantu para pelajar menimbulkan rasa kesedaran dan memberikan pendedahan berkaitan keselamatan diri dalam kehidupan seharian mereka. Justeru, semoga program ini menjadi satu titik perubahan untuk mereka menjalani kehidupan denan lebih sempurna serta dapat mengaplikasikan segala input yang diberikan supaya dapat menjamin keselamatan diri sendiri dan keluarga. Antara pengisian program adalah seperti berikut:
1. Penempatan Pelajar-pelajar
2. Ceramah Kempen Keselamatan
3. Sesi Soal Jawab
4. Pemberian Freefift kepada pelajar
5. Penilaian Program
6. Gotong Royong
Refleksi :
Program ini dapat dijalankan dengan berkesan.Maklumat dapat disampaikan kepada pelajar dan melalu program ini, pelajar mulai sedar bahawa terdapat banyak perkara yang mungkin akan berlaku sekiranya para pelajar tidak menitikberatkan penjagaan keselamatan dan betapa pentingnya sentiasa perlu berwaspada dalam apa jua tindakan yang diambil.
No comments:
Post a Comment