En. Zaharol juga memberikan ceramah berkaitan peraturan-peraturan sekolah dan merangkumi semua disiplin sebagai pelajar untuk pelajar Tingkatan 1.
En. Subra dan En. Ravi memberikan ceramah berkaitan ’Fun With Maths’ dan kemahiran belajar khas untuk semua pelajar Tingkatan 1.
Pelajar-pelajar yang terlibat dengan PMD dibahagikan mengikut kumpulan-kumpulan yang kecil bagi melancarkan perjalanan sepanjang program dan slot Ice Breaking.
Cik Pamelaa Ngoo Su Yin memberikan taklimat berkaitan Program NILAM dalam slot bersama Pusat Sumber.
Pn. Normadiyana mengendalikan slot Ujian Pra.
Pn. Normadiyana mengendalikan slot Suai Mesra yang mana semua pelajar dikehendaki menyanyikan lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.
Pn. Normadiyana meminta semua kumpulan menghantar wakil / Ketua Kumpulan keluar ke hadapan.
Para pelajar bekerjasama menyelesaikan tugasan yang diberikan dalam slot ”Cantuman Bermakna”.
Program Maju Diri Tingkatan 1
Program Maju Diri Tingkatan 1 bertujuan untuk membantu pelajar menimbulkan kesedaran dan memberikan pendedahan terhadap suasana yang baru sama ada persekitaran atau pun pembelajaran. Justeru, semoga program ini menjadi satu titik perubahan untuk mereka menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar dengan lebih berkesan dan sempurna di samping dapat mengekalkan motivasi serta memanfaatkan penerapan nilai-nilai murni daripada input yang diberikan.
Tarikh : 11 - 20 Januari 2010
Hari : Isnin hingga Jumaat
Masa : 1.10 petang - 3.35 petang
Tempat : Dewan Seri Kenangan, SMK Seafield
Perjalanan Program Maju Diri :
1. Pendaftaran Peserta ( Semua Tingkatan 1 )
2. Ceramah Kemahiran Belajar
3. Ceramah Disiplin
4. Ceramah Pusat Sumber ( Program Nilam PSS )
5. Taklimat Awal
6. Aktiviti Berkumpulan
Refleksi :
Program ini dapat dijalankan dengan berkesan. Maklumat dapat disampaikan kepada peserta dan melalui program ini, peserta mulai sedar bahawa terdapat banyak perubahan yang perlu dalam dirinya untuk perkembangan sahsiah ke arah kebaikan.
No comments:
Post a Comment