Pn. Normadiyana sedang mengendalikan taklimat ringkas berkaitan program.
Pelajar-pelajar diberikan senaman ringan untuk memberikan semangat sebelum ceramah dimulakan juga sebagai slot selingan.
Pn. Nordiana memberikan ceramah berkaitan “Jati Diri Tunggak Insan Terbilang”.
Pn. Normadiyana mengendalikan slot LDK (Need Each Other) sedang memerhatikan tugasan yang diselesaikan oleh pelajar.
Para pelajar bersama-sama berbincang untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Pn. Normadiyana bertanyakan maklum balas para pelajar berkaitan perbincangan dan falsafah LDK yang dijalankan.
Para pelajar bersama-sama berbincang untuk menyelesaikan tugasan dalam LDK (Titik Kehidupan).
Program Jati Diri ( Disiplin Diri Cerminan Peribadi )
Tarikh : 15 April 2010
Hari : Khamis
Masa : 1.10 Petang - 6.50 Petang
Tempat : Makmal Pembelajaran Bestari, SMK Seafield
Program Jati Diri ( Disiplin Diri Cerminan Peribadi ) diadakan untuk membantu pelajar memperbaiki dan menimbulkan kesedaran akan kelemahan sahsiah dan tingkah laku para pelajar. Justeru, semoga program ini menjadi satu titik perubahan untuk mereka menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar dengan lebih berkesan dan sempurna.Antara pengisian dalam program ini adalah seperti berikut :
1. Pendaftaran Peserta
2. Taklimat Awal
3. Aktiviti Berkumpulan
4. Ceramah Bertajuk "Jati Diri Tunggak Insan Terbilang"
5. Penilaian Program
6. Gotong Royong
Refleksi :
Program ini dapat dijalankan dengan berkesan. Maklumat dapat disampaikan kepada peserta dan melalui program ini, peserta mulai sedar bahawa terdapat banyak cara untuk mengatasi masalah pemantapan Jati diri dan tingkah laku negatif.
No comments:
Post a Comment