Beberapa orang pelajar terpilih untuk membuat demonstrasi bagaimana cara untuk mencuci muka dengan betul mengunakan produk yang disediakan.
Wakil Johnson & Johnson (Clean & Clear) menunjukkan demonstrasi bagaimana cara untuk mencuci muka dengan betul mengunakan produk yang disediakan.
Antara persiapan yang perlu dibuat untuk melengkapkan pengisian Program Ceramah Menjaga Kebersihan Muka Johnson & Johnson (Clean & Clear).
Penceramah memulakan ceramah berkaitan penjagaan kulit bagi semua pelajar dalam kehidupan seharian mereka.
Wakil daripada pihak Johnson & Johnson (Clean & Clear) sedang membuat persediaan untuk demonstrasi pencucian muka bagi para pelajar.
Program Menjaga Kebersihan Muka Johnson & Johnson ( Clean & Clear )
Tarikh : 3 Mei 2010
Hari : Isnin
Masa : 5.00 - 6.00 petang
Tempat : Dewan Seri Kenangan, SMK Seafield
Program Menjaga Kebersihan Muka Johnson & Johnson (Clean & Clear) bertujuan untuk membantu pelajar menimbulkan kesedaran dan memberikan pendedahan penjagaan kebersihan diri dalam kehidupan seharian mereka. Justeru, semoga program ini menjadi satu titik perubahan untuk mereka menjalani kehidupan dengan lebih sempurna serta dapat memberikan keselesaan dan boleh menguruskan diri sendiri dengan cara yang betul. Antara pengisian yang diberikan adalah seperti berikut:
1. Penempatan Pelajar
2. Ceramah Menjaga Kebersihan Muka Johnson & Johnson ( Clean & Clear )
3. Borang Soal Selidik
4. Sesi Soaljawab
5. Demonstrasi Pencuci Muka untuk pelajar
6. Pemberian Freegift kepada pelajar
7. Penilaian Program
Refleksi :
Program ini dapat dijalankan dengan berkesan. Maklumat dapat disampaikan kepada pelajar dan melalui program ini, pelajar mulai sedar bahawa terdaoat banyak perubahan yang akan berlaku sekiranya umur semakin meningkat remaja dan betapa pentingnya penjagaan kebersihan tersebut untuk sentiasa dapat mengekalkan keselesaan.
No comments:
Post a Comment